Page 22 - Sukses Model Karangan 2022 SPM
P. 22

Bahasa Melayu  SPM  Bab 11  Peribahasa  /  Cogan Kata
               nama baik keluarganya turut terpalit noda meskipun hanya murid itu seorang yang terbabit
               dengan gejala tidak sihat itu. Sekali gus, nama sekolah ataupun institusi tempat pengajiannya
               turut menerima tempiasnya. Lebih-lebih lagi jika berita itu tersiar dalam akhbar dan akhirnya
               menjadi buah mulut orang ramai. Masyarakat akan terus-terusan memperkatakan perkara
               tersebut dan secara tidak langsung akan menyalahkan pihak-pihak yang terlibat kerana tidak
               mampu untuk mengawal dan membendung salah laku itu.
                    Jika berlaku pula senario sebegini dalam konteks yang lebih luas pula, lagi teruk
               akibatnya. Umpamanya, salah laku moral yang membabitkan pemimpin masyarakat mahupun
               ahli politik ternama akan merosakkan nama bangsa seterusnya mencalarkan nama dan imej
               negara Malaysia. Pemimpin terbabit dan seluruh anggota keluarganya mula dipandang hina
               jauh sekali dihormati dan disanjung oleh masyarakat keliling. Impaknya yang besar dan
               berpanjangan menyebabkan masyarakat dunia akan mula memandang kredibiliti pemimpin
               dengan sinis dan secara tidak langsung menggambarkan kerendahan dan kelemahan pucuk
               pimpinan negara. Hal ini pasti akan menjejaskan kemantapan ekonomi kita yang bergantung
               kepada pelaburan dari negara-negara luar. Siapakah yang mahu melabur di negara yang iklim
               politiknya tidak keruan? Akhirnya, siapakah yang rugi? Tepuk dada, tanya selera. Sepatutnya,
               sebagai rakyat yang cinta akan Malaysia, perkara ini sewajarnya dielakkan kerana tentu sekali
               kita tidak mahu dikenal sebagai masyarakat yang mempunyai pemimpin yang dipersoalkan
               keperibadiannya. Disebabkan masalah seorang, seluruh masyarakat tercalar imej dan turut
               menanggung beban.

                    Peribahasa ini juga sama maksudnya dengan peribahasa seekor kerbau membawa
               lumpur, semuanya terpalit. Seperti contoh-contoh yang dinyatakan di atas, malulah kita
               hanya kerana perbuatan keji yang dilakukan oleh salah seorang daripada anggota masyarakat
               kita.
                    Kesimpulannya, peribahasa ini memberikan   Sudut Kata
               kita pengajaran supaya jangan melakukan sesuatu
               perbuatan yang tidak baik. Kesan daripada kelakuan   •	kiasan:	pengajaran	atau	contoh
               buruk kita itu bukan sahaja menjejaskan nama baik diri   •	sebelanga:	seperiuk
                                                                 •	tohmahan:	tuduhan	yang
               sendiri, malah menyusahkan pihak lain. Janganlah kita   berdasarkan	syak	wasangka
               menjadi duri dalam daging, sebaliknya muhasabahlah   •	kredibiliti:	kebolehpercayaan
               diri agar menjadi lilin untuk menerangi orang keliling.

                Koridor Peribahasa

                •	panas setahun terhapus oleh hujan sehari:	segala	kebaikan	yang	dilakukan	tidak	akan	dipedulikan
                  apabila	melakukan	kejahatan	walaupun	sekali
                •	buah mulut:	percakapan	orang
                •	tepuk dada, tanya selera:	sesuatu	pekerjaan	yang	dilakukan	hendaklah	difikirkan	dengan	baik
                •	seekor kerbau membawa lumpur, semuanya terpalit:	seorang	yang	berbuat	salah,	semuanya	terlibat
                  sama
                •	duri dalam daging:	sesuatu	hal	yang	tidak	menyenangkan	hati



               314
   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27