Page 23 - Sukses Model Karangan 2022 SPM
P. 23
Bahasa Melayu SPM Bab 11 Peribahasa / Cogan Kata
MODEL Rezeki Kalau Secupak Takkan Jadi
98 Segantang Domain Peribadi
Ada pihak yang mengatakan bahawa peribahasa “rezeki kalau secupak takkan jadi
segantang” menyebabkan masyarakat kita mengalami kemunduran. Bagi seseorang
peniaga, peribahasa ini memainkan peranan yang besar dalam membentuk gerak
kerjanya bagi menjayakan perniagaannya.
Sumber: Internet
Petikan di atas menyatakan maklumat tentang rezeki dan kaitannya dengan usaha.
Bincangkan pernyataan tentang peribahasa tersebut.
Rangka Karangan
Pendahuluan: nenek moyang kita dahulu tidak meninggalkan banyak harta – mereka meninggalkan
khazanah ilmu – peribahasa, bidalan, pantun, seloka, syair – memperlihatkan kebijaksanaan nenek
moyang kita mengungkapkan buah fikiran mereka
Isi 1: peribahasa ini bersifat memujuk masyarakat agar bersikap terbuka, tenang hati serta reda akan
ketentuan Tuhan apabila usaha mereka tidak berjaya – umpama penawar kepada masyarakat agar
tidak kecewa atau berputus asa
Isi 2: peribahasa ini tidak langsung menyekat masyarakat untuk bekerja keras – tidak mengetahui had
rezeki yang dikurniakan oleh Tuhan – kalau kita tidak berusaha, sudah tentu rezeki tidak akan
datang
Isi 3: peribahasa ini membina tautan kita kepada Tuhan yang memberikan rezeki – urusan rezeki ialah
urusan Tuhan – kita tidak seharusnya berpeluk tubuh dan berdoa semata-mata – kita haruslah
berusaha dengan bersungguh-sungguh
Isi 4: peribahasa ini merupakan cabaran kepada masyarakat agar membuktikan bahawa rezeki secupak
dapat jadi segantang – peribahasa ini menggesa masyarakat agar berfikiran lebih kritis dan kreatif
untuk menafikan pemikiran yang terdapat dalam peribahasa ini
Penutup: peribahasa rezeki kalau secupak takkan jadi segantang tidak harus dijadikan alasan untuk
menyekat kemajuan masyarakat kita – menggesa masyarakat agar melipatgandakan usaha untuk
mencapai kejayaan
Karangan Mantap
Nenek moyang kita dahulu tidak meninggalkan banyak harta untuk kita. Hal ini demikian
lantaran, kemiskinan yang melingkari kehidupan mereka. Namun begitu, mereka meninggalkan
khazanah ilmu yang tiada tolok bandingnya kepada kita. Antara khazanah ilmu tersebut
ialah peribahasa, bidalan, pantun, seloka, syair, dan lain-lain lagi. Kesemua khazanah ilmu
ini memperlihatkan kebijaksanaan nenek moyang kita mengungkapkan buah fikiran mereka
demi mencapai sesuatu matlamat. Namun demikian, ada sesetengah pihak yang mengatakan
315

