Page 21 - Sukses Model Karangan 2022 SPM
P. 21
Bahasa Melayu SPM Bab 11 Peribahasa / Cogan Kata
Rangka Karangan
Pendahuluan: orang-orang tua banyak menggunakan kiasan dalam kehidupan masyarakat Melayu –
antaranya peribahasa sebab nila setitik, rosak susu sebelanga – bermaksud – kesilapan yang sedikit
habis semua kebaikan yang dilakukan sebelumnya – disebabkan oleh kesalahan seorang, nama orang
lain turut tercemar
Isi 1: seseorang yang baik dan terpuji – hilang apabila dia melakukan kesilapan atau kejahatan – menjadi
buah mulut – seperti panas setahun terhapus oleh hujan sehari
Isi 2: murid yang terbabit dengan gejala tidak sihat – menjejaskan nama dan masa depannya – turut
merosakkan nama sekolah atau institusi pengajian – berlaku salah-menyalah
Isi 3: dalam konteks yang melibatkan pemimpin – maruah diri dan keluarga terjejas – dihina – menjejaskan
kredibiliti pucuk pimpinan negara – mencalar imej masyarakat dan negara
Isi 4: sama maksudnya dengan peribahasa seekor kerbau membawa lumpur, habis terpalit semuanya
Penutup: memberikan pengajaran – jangan melakukan perkara yang tidak baik – bukan saja menjejaskan
nama sendiri tetapi menyusahkan pihak lain juga
Karangan Mantap
Pelbagai kiasan yang digunakan oleh orang-orang tua dalam kehidupan masyarakat Melayu.
Antaranya termasuklah peribahasa sebab nila setitik, rosak susu sebelanga. Maksud
peribahasa ini adalah kerana kejahatan atau kesilapan yang sedikit, habis semua kebaikan
yang telah dilakukan. Selain itu, peribahasa ini turut mendukung maksud disebabkan
seorang berbuat jahat, semua orang dalam kumpulan atau keluarga mendapat nama yang
tidak baik.
Maksud peribahasa ini dapat dibuktikan kerana setitik nila yang berwarna biru dapat
menjejaskan warna sebelanga susu yang berwarna putih jika nila itu jatuh ke dalamnya.
Hakikatnya, perubahan warna susu yang banyak itu akan hapus ditelan oleh warna biru
yang sedikit itu apabila bercampur dengannya. Umpamanya, bagi seseorang yang selama ini
terkenal oleh sikapnya yang baik dan terpuji, namun atas satu kesilapan mahupun kesalahan
yang dilakukannya, tiba-tiba sahaja namanya menjadi busuk. Dia akan lebih dikenang dan
disebut-sebut melalui satu sikap atau kesalahan yang dilakukannya itu berbanding dengan
semua sikap baik dan terpuji yang pernah ditunjukkannya sebelum ini. Hal ini dapat
disamakan dengan ungkapan panas setahun terhapus oleh hujan sehari. Akhirnya, individu
yang terbabit itu akan dilabelkan atau dikaitkan dengan kesalahannya itu. Maka, akan
berlakulah pandangan negatif dan tohmahan terhadap individu tersebut hingga adakalanya
menjejaskan maruah diri, keluarga, mahupun masa depan individu terbabit.
Seterusnya, maksud peribahasa ini dapat juga dikaitkan dengan senario yang berikut.
Katakanlah, seseorang murid itu telah melakukan kejahatan yang serius seperti terlibat
dalam gejala gengsterisme, gejala penyalahgunaan dadah, gejala sosial seperti keterlanjuran
perhubungan antara lelaki dengan perempuan, dan seumpamanya. Perbuatan jahat sebegini
tentu sekali akan menjejaskan nama dan masa depan murid itu. Bukan itu sahaja, malah
313

