Page 21 - PBD Plus PJPK T3 (EG)
P. 21

UNIT
                                                                                            Pendidikan Jasmani
              1                                     Gimnastik Asas










           Fokus Topik


            Gimnastik asas

              1.  Gimnastik asas merupakan senaman yang sistematik direka untuk menghasilkan kesan tertentu terhadap
                tubuh badan.

            Gimnastrada

              1.  Gimnastrada pula merupakan persembahan berkumpulan yang melibatkan kemahiran gimnastik, tarian
                dan pergerakan yang diringi muzik untuk tujuan hiburan.
              2.  Persembahan  tersebut boleh  disertai peserta daripada pelbagai peringkat umur, tahap kemahiran,
                kebolehan dan disiplin untuk menunjukkan bakat, kreativiti dan imaginasi tersendiri.

              3.  Persembahan gimnastrada diserikan dengan alatan dan prop yang digunakan.

              4.  Gimnastrada merangkumi gabungan rangkaian kemahiran gerak edar, imbangan, putaran dan hambur
                secara berkumpulan.

              5.  Susun atur rangkaian pergerakan dilakukan mengikut kesesuaian dan kreativiti.
                (a)  Gerak edar – Pergerakan dari satu tempat ke tempat lain dengan menggunakan pergerakan lokomotor.

                (b)  Imbangan – Kebolehan untuk mengekalkan keseimbangan apabila pusat graviti seseorang atau tapak
                    sokongan diubah.

                (c)  Putaran – Pergerakan pusingan pada sesuatu paksi badan seperti paksi menegak dan mendatar.
                (d)  Hambur – Aktiviti yang menghasilkan anjakan badan yang cepat sama ada dari kaki mahupun tangan
                    atau kedua-duanya.













                 Langkah silang (Grapevine)            Lombol kangkang                   Hambur atas alatan















                                      Imbangan skala                      Putaran roda





                                                             1                            © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.






   01 PBD PLUS PJPK Tg3.indd   1                                                                            10/01/2023   4:04 PM
   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26