Page 15 - Pra U STPM 2022 Penggal 3 - Ekonomi
P. 15
Ekonomi Semester 3 STPM Bab 1 Pengangguran, Guna Tenaga, dan Upah
Kekurangan maklumat pekerjaan
BAB
1 Walaupun dunia serba moden dan alat telekomunikasi menjadi lebih
canggih, namun tidak dapat dinafikan masih berlaku kekurangan 1
sebaran maklumat terutamanya di kawasan-kawasan luar bandar dan
kawasan pedalaman.
2 Penduduk yang berada di kawasan terbabit tidak semuanya boleh
mengakses Internet seperti merekan yang berada di kawasan bandar-
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved
bandar besar dan kawasan yang membangun.
3 Di samping itu, terdapat juga penduduk terutamanya dalam kawasan
pedalaman di Malaysia Timur yang tidak mempunyai rangkaian jalur
lebar yang sempurna serta jalinan jalan raya yang tidak banyak seperti
di Semenanjung.
4 Maka sebaran maklumat tentang pekerjaan tidak diperolehinya
dan mereka mengambil masa yang lama untuk mendapat sesuatu
pekerjaan.
Perkembangan teknologi
1 Perkembangan teknologi yang semakin moden juga turut menyumbang
kepada masalah pengangguran.
2 Penggunaan alatan yang lebih moden dan cekap dapat meningkatkan
daya pengeluaran dengan kos purata yang rendah berbanding dengan
penggunaan tenaga buruh.
3 Oleh itu, firma akan cenderung menggunakan teknologi moden
dan dalam masa yang sama mengurangkan penggunaan tenaga
buruh. Justeru, tenaga buruh akan kehilangan pekerjaan dan terpaksa
menganggur.
Kesan Pengangguran terhadap Sosioekonomi
’11
1 Pengangguran bukan sahaja memberikan kesan kepada penganggur
itu sendiri, tetapi juga memberikan kesan terhadap sosioekonomi Hasil Pembelajaran
keseluruhannya. Membincangkan kesan
pengangguran terhadap
2 Apabila berlaku pengangguran, penganggur menghadapi masalah sosioekonomi.
kewangan untuk memenuhi keperluan diri dan keluarga. Manakala di
peringkat negara, pengangguran akan menyebabkan kegiatan ekonomi
terjejas. Antara kesan sosioekonomi ialah:
(a) Pembaziran sumber
(i) Apabila berlaku pengangguran, ini bermakna terdapat
sumber pengeluaran atau buruh yang tidak digunakan
dalam proses pengeluaran. Oleh itu, keluaran negara yang
dihasilkan lebih kecil daripada yang sepatutnya.
(ii) Keadaan ini menyebabkan ekonomi tidak berada pada
tingkat guna tenaga penuh.
13

