Page 13 - Pra U STPM 2022 Penggal 3 - Ekonomi
P. 13

Ekonomi Semester 3  STPM  Bab 1 Pengangguran, Guna Tenaga, dan Upah
                  Kadar pertumbuhan tenaga buruh yang pesat
                                                                                                              BAB
                    1  Apabila berlaku kadar pertumbuhan tenaga buruh yang pesat
                      berbanding dengan kadar pertumbuhan ekonomi, maka peluang                              1
                      pekerjaan yang tersedia tidak mencukupi bagi menampung
                      pertumbuhan tenaga buruh.
                    2  Misalnya di negara kita puluhan ribu lepasan sekolah menengah atau
                      lepasan universiti dikeluarkan setiap tahun. Mereka tergolong dalam
                      kalangan tenaga buruh kerana berumur antara 15 hingga 64 tahun,
                        Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved
                      sedangkan peluang pekerjaan yang ada tidak sepadan dengan jumlah
                      lepasan sekolah dan universiti seperti itu.

                    3  Maka, mereka sukar mendapatkan pekerjaan dan terpaksa menganggur
                      dalam tempoh tertentu.


                  Kehendak majikan yang berbeza

                    1  Ketidaksepadanan antara kehendak majikan dengan kemahiran tenaga
                      buruh yang ada menyebabkan tenaga buruh terpaksa menganggur.
                    2  Misalnya sebuah firma memerlukan tenaga buruh yang mempunyai
                      kemahiran dalam reka bentuk bangunan, tetapi tenaga buruh yang
                      tersedia ialah hanya setakat kemahiran asas komputer. Maka tenaga
                      buruh tersebut tidak memenuhi keperluan firma dan tidak akan
                      mendapat pekerjaan.
                    3  Begitu juga dari segi kelayakan akademik, ada firma yang memerlukan
                      tenaga buruh yang berkelulusan ijazah perakaunan, tetapi tenaga
                      buruh yang ada hanya berkelulusan diploma perakaunan. Jadi
                      mereka tidak akan diterima untuk bekerja kerana kelulusannya tidak
                      memenuhi kehendak majikan.


                  Kitaran perniagaan / kemelesetan ekonomi

                    1  Pengangguran juga boleh berlaku apabila berlakunya kitaran
                      perniagaan, iaitu semasa ekonomi meleset.
                                                                                   Senaraikan tiga faktor yang
                    2  Apabila ekonomi dunia meleset, keadaan ekonomi Malaysia juga   membawa kepada masalah
                      turut meleset kerana Malaysia mengamalkan ekonomi terbuka dengan   pengangguran.
                      negara lain.
                    3  Apabila keadaan ini berlaku, permintaan agregat berkurang dan firma-
                      firma akan mengurangkan pengeluaran dan pengambilan buruh. Di
                      samping itu, terdapat firma-firma yang menamatkan perkhidmatan
                      tenaga buruhnya.
                    4  Ini menyebabkan tenaga buruh yang ditamatkan perkhidmatannya
                      terpaksa menganggur.








                                                                                                        11
   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18