Page 14 - Pra U STPM 2022 Penggal 3 - Ekonomi
P. 14
Ekonomi Semester 3 STPM Bab 1 Pengangguran, Guna Tenaga, dan Upah
Galeri Info Persaingan dengan pekerja asing
BAB Statistik Jabatan Imigresen 1 Di Malaysia sekarang terdapat ramai tenaga buruh asing sama ada
1 Malaysia setakat 30 Jun 2017 berstatus sah atau tidak sah.
lalu menunjukkan seramai
1 781 598 orang pekerja
asing sah berada di Malaysia. 2 Mereka bekerja dalam pelbagai sektor seperti pembinaan, perladangan,
Indonesia mencatatkan keselamatan dan sebagainya.
pekerja asing tertinggi disusuli
Nepal, Bangladesh, Myanmar, 3 Mereka sanggup menerima upah yang rendah daripada majikannya.
India, Pakistan, dan Vietnam. Ini adalah disebabkan negara mereka agak sukar untuk menjalani
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved
Terdapat juga pekerja berasal kehidupan.
dari China, Thailand, Sri Lanka,
Kemboja, dan Laos. 4 Keadaan ini berbeza dengan tenaga buruh tempatan yang tidak
sanggup bekerja dengan upah yang rendah.
5 Persaingan dengan pekerja asing ini dan ketidaksanggupan menerima
upah yang rendah menyebabkan tenaga buruh tempatan terpaksa
menganggur.
Sikap tenaga buruh
1 Pengangguran juga berlaku disebabkan sikap tenaga buruh itu sendiri
yang bermobilliti rendah.
2 Ada sesetengah tenaga buruh yang tidak mahu berhijrah ke tempat
yang mempunyai banyak peluang pekerjaan seperti di bandar-bandar
atau kawasan perusahaan. Ini disebabkan oleh faktor keluarga, tiada
kemudahan pengangkutan, tidak mahu meninggalkan kampung
halaman dan sebagainya.
3 Oleh itu, mereka tidak akan mendapat pekerjaan yang sepatutnya dan
sanggup menganggur serta tidak mempunyai pekerjaan yang tetap.
4 Di samping itu, terdapat juga tenaga buruh yang terlalu memilih
kerja. Mereka mahukan pekerjaan yang tidak berat, bergaji tinggi,
persekitaran kerja yang berdingin hawa dan sebagainya sedangkan
kelayakan serta kelulusannya tidak seberapa.
Musim
1 Walaupun Malaysia tidak mengalami empat musim seperti di
sesetengah negara lain, tetapi negara kita juga menghadapi musim
tengkujuh seperti di perairan Pantai Timur Semenanjung pada bulan
November hingga Mac.
2 Pada masa tersebut, umumnya laut bergelora dan taburan hujan adalah
tinggi yang boleh mengakibatkan banjir.
3 Pada musim tersebut, nelayan tidak dapat turun ke laut untuk
menangkap ikan, berada di daratan dan tidak mempunyai pekerjaan
yang tetap. Oleh itu, mereka terpaksa menganggur.
4 Begitu juga di negeri yang mengusahakan penanaman padi. Selepas
musim menuai, pesawah akan menganggur buat sementara waktu
untuk menunggu musim kedua.
12

