Page 24 - Pra U STPM 2022 Penggal 3 - Ekonomi
P. 24

Ekonomi Semester 3  STPM  Bab 1 Pengangguran, Guna Tenaga, dan Upah
                                             (b)  Sebaliknya, semakin rendah tanggungjawab yang dipikul oleh
             BAB                                 buruh bagi sesuatu jenis pekerjaan, maka semakin rendah upah
                                                 yang diterima oleh buruh.
           1                                 (c)  Misalnya, tanggungjawab sebagai ketua jabatan lebih besar
                                                 berbanding dengan pegawai bawahan. Oleh itu, upah yang
                                                 diterima oleh ketua jabatan lebih tinggi daripada pegawai
                                                 bawahan.
                                           3  Perbezaan masa bekerja
                        Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved
                                             (a)  Jika masa bekerja bagi sesuatu pekerjaan panjang, upah yang
                                                 diterima adalah tinggi. Sebaliknya, jika masa bekerja bagi sesuatu
                                                 pekerjaan pendek, upah yang diterima lebih rendah.
                                             (b)  Di Malaysia, masa bekerja yang normal ialah lapan jam sehari.

               Faktor yang mempengaruhi          Oleh itu, apabila seseorang buruh bekerja lebih masa, maka
               perbezaan tingkat upah            mereka akan mendapat bayaran tambahan lebih masa.
               antara pekerjaan:             (c)  Walau bagaimanapun, tidak semua jenis pekerjaan akan mendapat
               (a) Permintaan dan penawaran      bayaran tambahan atau elaun lebih masa. Elaun lebih masa
                  buruh
               (b) Perbezaan tanggungjawab       biasanya dilaksanakan dalam pekerjaan di sektor perkilangan
               (c) Perbezaan masa bekerja        dan pembuatan.
               (d) Perbezaan risiko yang
                  ditanggung               4  Perbezaan risiko yang ditanggung
               (e) Perbezaan taraf pendidikan   (a)  Sesuatu pekerjaan yang berisiko tinggi biasanya menerima upah
                  dan pengalaman
               (f)  Ganjaran bukan wang          yang lebih tinggi berbanding dengan sesuatu pekerjaan yang
               (g) Kekuatan kesatuan sekerja     berisiko rendah.
               (h) Perbezaan kemahiran       (b)  Misalnya upah yang diterima oleh pencuci bangunan adalah lebih
               (i)  Perbezaan mobiliti buruh
                                                 tinggi berbanding pencuci longkang atau tukang sapu.
                                           5  Perbezaan taraf pendidikan dan pengalaman
                                             (a)  Semakin tinggi taraf pendidikan dan pengalaman yang diperlukan
                                                 bagi sesuatu pekerjaan, semakin tinggi upah yang diterima oleh
                                                 buruh dalam pekerjaan tersebut.
                                             (b)  Sebaliknya, semakin rendah taraf pendidikan dan pengalaman
                                                 yang diperlukan bagi sesuatu pekerjaan, semakin rendah upah
                                                 yang diterima oleh buruh yang terlibat.
                                             (c)  Misalnya upah yang diterima oleh buruh di bidang pendidikan
                                                 seperti guru atau pensyarah lebih tinggi daripada upah yang
                                                 diterima oleh pekerja am rendah. Ini kerana guru atau pensyarah
                                                 memerlukan taraf pendidikan yang lebih tinggi berbanding
                                                 dengan pekerja am rendah.
                                           6  Ganjaran bukan wang
                                             (a)  Ganjaran bukan wang merujuk kepada faedah selain upah wang
                                                 seperti kemudahan tempat tinggal, kemudahan pengangkutan,
                                                 elaun makan, perubatan percuma, jaminan pekerjaan, keselesaan
                                                 tempat kerja, dan sebagainya.
                                             (b)  Apabila terdapat banyak ganjaran bukan wang dalam sesuatu
                                                 pekerjaan, pekerja lebih sanggup menerima kadar upah yang
                                                 rendah.
                                             (c)  Misalnya pekerja kilang beras, sebahagian upahnya dibayar dalam
                                                 bentuk beras, jadi upah dalam bentuk wang yang diterima adalah
                                                 rendah.



               22
   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29