Page 25 - Pra U STPM 2022 Penggal 3 - Ekonomi
P. 25

Ekonomi Semester 3  STPM  Bab 1 Pengangguran, Guna Tenaga, dan Upah
                    7  Kekuatan kesatuan sekerja
                      (a)  Biasanya kesatuan sekerja bagi sesuatu jenis pekerjaan adalah                      BAB
                          berbeza dengan kesatuan pekerjaan yang lain. Begitu juga
                          dari segi kewujudan kesatuan sekerja, ada pekerjaan yang                           1
                          mempunyai kesatuan sekerja dan ada pekerjaan yang tiada
                          kesatuan sekerja.
                      (b)  Bagi pekerjaan yang mempunyai kesatuan sekerja yang baik
                          dan kuat, ahli-ahlinya atau buruh yang menganggotai kesatuan
                          sekerja cenderung mendapat upah yang tinggi kerana hak dan
                        Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved
                          kebajikan mereka sentiasa dibela oleh kesatuan sekerja.
                      (c)  Sebaliknya, bagi pekerjaan yang tidak mempunyai kesatuan
                          sekerja atau mempunyai kesatuan sekerja yang tidak kuat, upah
                          yang diterima oleh ahli-ahlinya atau buruh cenderung lebih
                          rendah kerana tidak ada badan yang kuat untuk memperjuangkan
                          hak atau kebajikan mereka.
                    8  Perbezaan kemahiran
                      (a)  Semakin tinggi kemahiran yang diperlukan dalam sesuatu
                          jenis pekerjaan, semakin tinggilah upah diterima oleh buruh.
                          Hal ini kerana bukan semua buruh dapat melakukannya tetapi
                          hanya buruh yang terlatih dan memiliki kemahiran tertentu dapat
                          melakukan pekerjaan tersebut.
                      (b)  Sebaliknya, semakin rendah kemahiran yang diperlukan dalam
                          sesuatu jenis pekerjaan, semakin rendah upah yang diterima oleh
                          buruh. Hal ini kerana tugas buruh ini dapat digantikan dengan
                          mudah oleh buruh yang lain.
                    9  Perbezaan mobiliti buruh                                     Galeri Info
                      (a)  Mobiliti buruh boleh dibahagikan kepada mobiliti tempat
                          (geografi) dan mobiliti kegunaan (pekerjaan).            Seseorang buruh mempunyai
                                                                                   mobiliti tempat yang terhad
                      (b)  Apabila sesuatu pekerjaan memerlukan buruh bergerak dari     kerana dipengaruhi oleh kos
                          suatu tempat ke tempat yang lain, buruh tersebut cenderung   pengangkutan yang tinggi, tidak
                          menerima kadar upah yang lebih tinggi berbanding dengan   mahu berpisah dengan ahli
                                                                                   keluarga atau rakan, dan lain-
                          sesuatu pekerjaan yang tidak memerlukan buruh bergerak dari   lain faktor sosial.
                          suatu tempat ke tempat yang lain.
                      (c)  Apabila buruh dalam sesuatu pekerjaan mudah berpindah
                          daripada satu pekerjaan ke pekerjaan yang lain, upah yang
                          diterima oleh buruh cenderung lebih tinggi berbanding dengan
                          buruh yang sukar berpindah daripada satu pekerjaan ke pekerjaan
                          yang lain.
                      (d)  Buruh yang kurang mobiliti pekerjaan dipengaruhi oleh
                          faktor tidak memiliki kemahiran lain atau terikat dengan tradisi
                          atau kebiasaan hidup mereka yang bersifat tetap dan tiada   Senaraikan tiga faktor yang
                          perubahan.                                                menyebabkan upah yang
                      (e)  Kesimpulannya, semakin tinggi mobiliti buruh  dalam sesuatu   diterima oleh seorang pengurus
                          jenis pekerjaan, semakin tinggi kadar upah yang diterima oleh   lebih tinggi daripada seorang
                                                                                    pekerja am.
                          buruh.






                                                                                                        23
   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29   30