Page 26 - Pra U STPM 2022 Penggal 3 - Ekonomi
P. 26

Ekonomi Semester 3  STPM  Bab 1 Pengangguran, Guna Tenaga, dan Upah

                 Hasil Pembelajaran      Faktor-faktor yang Membezakan Upah Mengikut Sektor
             BAB  Membincangkan faktor     1  Di Malaysia, umumnya upah di sektor pertanian adalah lebih rendah
           1    yang membezakan upah         berbanding dengan upah di sektor perindustrian.
                mengikut sektor.
                                           2  Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan upah yang diterima oleh
                                             buruh di kedua-dua sektor ini berbeza, iaitu:
                            ’14              (a)  Perbezaan keanjalan penawaran
                                                 (i)   Biasanya keanjalan penawaran bagi keluaran di sektor
                        Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved
                                                      pertanian adalah kurang anjal berbanding dengan keluaran
                                                      di sektor perindustrian.
                                                 (ii)  Hal ini kerana proses pengeluaran keluaran di sektor
                        Faktor-faktor yang            pertanian mengambil masa yang panjang berbanding dengan
                        membezakan                    keluaran di sektor perindustrian yang hanya memerlukan
                        upah mengikut                 masa yang singkat untuk dikeluarkan.
                 INFO   sektor
                                                 (iii)  Maka, sebarang kenaikan harga keluaran di sektor pertanian,
                                                      keluarannya tidak dapat diubah dengan cepat walaupun
                                                      pengeluar ingin meningkatkan keluaran bagi mendapat hasil
                                                      yang tinggi.
                                                 (iv)  Sebaliknya, sebarang kenaikan harga keluaran di sektor
                                                      perindustrian, keluarannya dapat diubah dengan cepat
                                                      yang membolehkan pengeluar mendapatkan hasil yang tinggi.
                                                 (v)   Maka, pengeluar di sektor perindustrian sanggup membayar
                                                      upah yang lebih tinggi kepada buruh berbanding pengeluar
                                                      di sektor pertanian.
                                             (b)  Kekuatan kesatuan sekerja
                                                 (i)   Bagi sektor pekerjaan yang mempunyai kesatuan sekerja,
                                                      biasanya upah lebih tinggi berbanding dengan sektor
                                                      pekerjaan yang tidak mempunyai kesatuan sekerja.
                                                 (ii)  Biasanya kesatuan sekerja di sektor perindustrian mempunyai
                                                      pengaruh yang kuat menyebabkan upah yang diterima oleh
                                                      buruh di sektor tersebut lebih tinggi.
                                                 (iii)  Berbanding dengan buruh di sektor pertanian yang buruh
                                                      tidak  mempunyai  kesatuan sekerja atau  tiada langsung
                                                      kesatuan sekerja menyebabkan upah yang diterima oleh
                                                      buruh di sektor ini lebih rendah.

                                             (c)  Mobiliti buruh
                                                 (i)   Biasanya buruh di sektor pertanian kurang mobiliti
                                                      berbanding dengan buruh di sektor pembuatan atau
                                                      perindustrian.
                                                 (ii)  Buruh di sektor pembuatan atau perindustrian mudah
                                                      berpindah dan bergerak mencari peluang pekerjaan yang
                                                      baharu serta mempunyai tawaran upah atau gaji yang lebih
                                                      tinggi.
                                                 (iii)  Oleh itu, jika terdapat tawaran pekerjaan yang baharu
                                                      dengan gaji yang lebih tinggi, buruh di sektor ini akan
                                                      memperolehinya.



               24
   21   22   23   24   25   26   27   28   29   30   31