Page 43 - Pra U STPM 2022 Penggal 3 - Ekonomi
P. 43
Ekonomi Semester 3 STPM Bab 6 Kemiskinan dan Agihan Pendapatan
Agihan Pendapatan di Malaysia
1 Jadual di bawah menunjukkan pendapatan kasar bulanan isi rumah
purata dan pekali Gini mengikut kumpulan etnik, strata, Malaysia
bagi tahun 2004, 2009, dan 2012.
Jadual 6.9 Pendapatan kasar bulanan isi rumah purata dan Pekali Gini mengikut
kumpulan etnik, strata, Malaysia bagi tahun 2004, 2009, dan 2012
Pendapatan isi rumah Hasil Pembelajaran
Butiran purata Pekali Gini
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved
(RM) Memerihalkan profil agihan
pendapatan di Malaysia.
Tahun 2004 2009 2012 2004 2009 2012
Malaysia 3 249 4 025 5 000 0.462 0.441 0.431
Bumiputera 2 711 3 624 4 457 0.452 0.440 0.421
Cina 4 437 5 011 6 366 0.446 0.425 0.422
India 3 456 3 999 5 233 0.425 0.424 0.443
Lain-lain 2 312 3 640 3 843 0.462 0.495 0.435
Bandar 3 956 4 705 5 742 0.444 0.423 0.417
Luar bandar 1 875 2 545 3 080 0.397 0.407 0.382
(Sumber: Unit Perancang Ekonomi dan Jabatan Perangkaan Malaysia)
(a) Jadual di atas menunjukkan pekali Gini yang menggambarkan
jurang agihan pendapatan di Malaysia terus mengecil dari 0.462
pada tahun 2004 ke 0.431 pada tahun 2012. Hal ini memberi satu
gambaran bahawa agihan pendapatan yang semakin saksama.
(b) Agihan pendapatan di kawasan bandar dan luar bandar juga
semakin saksama kerana kedua-dua sekali gini juga mengecil
pada tahun 2012 berbanding tahun 2004.
(c) Bagi kumpulan etnik pula, kesemua etnik kecuali kaum India
melaporkan pekali gini yang semakin mengecil. Dengan erti
kata lain, hanya kaum India yang menghadapi jurang perbezaan
pendapatan yang semakin besar pada tahun 2012 berbanding
tahun 2004.
2 Jadual 6.10 menunjukkan pendapatan kasar bulanan isi rumah purata
bagi kumpulan isi rumah 20% tertinggi, 40% pertengahan, dan
40% terendah mengikut etnik di Malaysia bagi tahun 2007, 2009 dan
2012.
Jadual 6.10 Pendapatan kasar bulanan isi rumah purata bagi kumpulan isi rumah
20% tertinggi, 40% pertengahan, dan 40% terendah mengikut etnik di
Malaysia bagi tahun 2007, 2009, 2012.
Kumpulan isi rumah 20% tertinggi
Etnik
2009 2012 2014
Bumiputera 8 976 10 666 12 630
Cina 2 152 15 254 17 981
India 9 974 13 127 14 604
Lain-lain 10 123 9 741 14 732
Malaysia 9 987 12 159 14 305 BAB
6
177

