Page 42 - Pra U STPM 2022 Penggal 3 - Ekonomi
P. 42

Ekonomi Semester 3  STPM  Bab 6 Kemiskinan dan Agihan Pendapatan

                Galeri Info                6  Nilai Pekali Gini berada antara 0 dan 1 iaitu nilai 0 menunjukkan
                                             agihan  pendapatan yang  saksama manakala  nilai  1 menunjukkan
                Pekali Gini ialah ukuran
                pemusatan pendapatan         agihan pendapatan yang paling tidak saksama.
                berdasarkan keluk Lorenz.    7  Sebagai contoh jika pekali Gini negara A ialah 0.34 dan pekali Gini
                                             negara B ialah 0.73, maka agihan pendapatan di negara A adalah lebih
                                             adil atau serata berbanding dengan negara B.

                       Pekali Gini       Sumber Pendapatan
                        Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved
                 INFO                      1  Sumber pendapatan boleh diperoleh daripada
                                             (a)  upah
                                             (b)  pendapatan bukan upah (sewa, dividen, bunga, untung)
                 Hasil Pembelajaran          (c)  harta pusaka
                                             (d)  bayaran pindahan
                Memerihalkan sumber
                pendapatan.
                                           2  Upah merupakan ganjaran yang diterima oleh seseorang individu
                                             apabila menyumbangkan tenaga fizikal atau mental dalam proses
                                             pengeluaran. Upah termasuklah gaji, elaun, komisen, dan bonus.
                                           3  Pendapatan bukan upah merupakan pendapatan selain daripada
                                             upah seperti sewa, dividen, bunga, dan untung.
                                             (a)  Sewa merupakan pendapatan yang diperoleh akibat membenarkan
                                                 pihak lain menggunakan hartanya. Sewa merupakan ganjaran atas
                                                 faktor pengeluaran yang mempunyai penawaran yang terhad, iaitu
               Empat sumber pendapatan:          tanah.
               (a)  Upah
               (b)  Pendapatan bukan upah    (b)  Dividen merupakan bahagian keuntungan syarikat yang dibayar
                  (i)  Sewa                      kepada setiap pemegang saham syarikat pada suatu tempoh
                  (ii)  Dividen                  tertentu. Seseorang individu akan dibayar dividen sekiranya
                  (iii)  Bunga
                  (iv)  Untung                   dia memegang saham syarikat atau memegang amanah saham
               (c)  Harta pusaka                 syarikat tertentu. Pendeposit dalam Sistem Perbankan Islam juga
               (d)  Bayaran pindahan             akan diberi dividen sebagai ganjaran simpanannya pada suatu
                                                 tempoh masa tertentu.
                                             (c)  Bunga merupakan ganjaran kepada pemilik wang yang
                                                 sanggup menangguhkan perbelanjaannya pada masa sekarang.
                                                 Pendeposit dalam Sistem Perbankan Konvensional akan diberi
                                                 bunga sebagai ganjaran simpanannya pada suatu tempoh masa
                                                 tertentu.
                                             (d)  Untung  merupakan  ganjaran  kepada  seseorang  usahawan
                                                 yang sanggup menanggung risiko ketidakspastian. Di samping
                                                 itu, untung juga merupakan ganjaran kepada usahawan
                                                 atas kecekapan pengurusannya menggabungkan sumber-
                                                 sumber ekonomi untuk menghasilkan output yang paling optimum.
                                           4  Harta pusaka merupakan harta yang diwarisi daripada datuk dan nenek
                                             moyang seperti tanah, rumah, dan barang antik yang bernilai tinggi.
                                           5  Bayaran pindahan merupakan pendapatan yang diperoleh tanpa
                                             sebarang sumbangan dalam proses pengeluaran. Peningkatan
                                             bayaran pindahan akan meningkatkan jumlah pendapatan dan taraf
             BAB                             hidup seseorang. Bayaran pindahan kepada golongan miskin akan
           6                                 merapatkan ketidaksamaan agihan pendapatan masyarakat. Contoh
                                             bayaran pindahan adalah subsidi, pencen, dan biasiswa.



              176
   37   38   39   40   41   42   43   44   45   46   47