Page 14 - Ranger PT3 Bahasa Melayu 2020
P. 14
Bahasa Melayu PT3 Bab 2 Pemahaman Teks
Pengajaran
1. Kita haruslah menggunakan sumber alam yang dikurniakan oleh Tuhan untuk
mendapatkan rezeki.
2. Kita hendaklah menghargai jasa anggota tentera yang sanggup berkorban demi
mempertahankan negara.
3. Kita haruslah bersyukur kepada Tuhan atas segala nikmat kurniaan-Nya kepada
kita.
4. Kita patut berusaha untuk mengelakkan peperangan kerana peperangan hanya
Bab 2
membawa kesan buruk kepada manusia dan alam sekitar.
PRAKTIS FORMATIF 2.1.4
Berdasarkan sajak ‘Kuingin Berterima Kasih’ dalam antologi Kuingin Berterima Kasih,
jawab soalan-soalan yang berikutnya.
1. Penyajak ingin mengucapkan terima kasih kepada pejuang negara kerana
A memberikan rezeki kepada nelayan.
B sanggup berkorban demi mempertahankan negara.
C memberikan pendapatan kepada para petani.
D menyejukkan suasana dan jiwa manusia.
2. Persoalan yang berikut terdapat dalam sajak tersebut kecuali
A kepentingan hujan kepada hidupan.
C kesedaran untuk mengekalkan keamanan dunia.
B kepentingan berbakti kepada tanah.
D keinginan untuk menjadi perwira negara.
3. Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu menghargai jasa orang lain terhadap
kita? KBAT
KBAT
2.1.5 Aku
Maksud
Rangkap 1 – Penyajak sedar bahawa hanya dia yang berada di pantai itu.
Rangkap 2 – Penyajak menyusur pantai sambil membayangkan dirinya sebagai Nabi
Adam.
Rangkap 3 – Penyajak membayangkan sebagai Nabi Adam, hari itulah hari pertama
dia tercipta. Hari itu jugalah pertama kali Nabi Adam melihat keindahan
alam.
46 47
02a RANGER BM PT3.indd 47 28/06/2019 9:17 AM

