Page 15 - Ranger PT3 Bahasa Melayu 2020
P. 15
Bahasa Melayu PT3 Bab 2 Pemahaman Teks
Rangkap 4 – Nabi Adam mendengar bunyi ombak yang amat asing baginya.
Rangkap 5 – Nabi Adam juga tidak pernah merasai tiupan angin.
Rangkap 6 – Nabi Adam juga tidak pernah mengetahui kewujudan hidupan laut dan
tumbuh-tumbuhan.
Rangkap 7 – Penyajak beriman kepada Tuhan yang menciptanya.
Tema
Sajak ini bertemakan kekuasaan Tuhan yang mencipta alam dan seluruh
isinya. Sebagai hamba-Nya, kita harus bersyukur dengan ciptaan Tuhan
itu yang besar manfaatnya kepada kita.
Bab 2
Persoalan
1. Kasih sayang Tuhan kepada manusia – Tuhan mencipta alam dan segala
isinya untuk kebaikan manusia. Ciptaan ini menunjukkan kasih sayang
Tuhan yang amat besar kepada manusia.
2. Keimanan kepada Tuhan – Segala ciptaan Tuhan tersebut harus
kita syukuri dengan meningkatkan keimanan kepada-Nya.
3. Kasih sayang akan alam sekitar – Kita perlu bersikap kasih sayang terhadap alam
sekitar ciptaan Tuhan dengan menjaga khazanah tersebut dengan sebaik-baiknya.
4. Bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan oleh Tuhan – Perasaan syukur ini harus
kita amalkan dengan menjaga amanah Tuhan dan mentaati perintah-Nya.
Bentuk
1. Sajak ini terdiri daripada tujuh rangkap.
2. Baris setiap rangkap sajak adalah tiga baris.
3. Setiap baris terdiri daripada satu patah perkataan hingga empat patah perkataan.
4. Bilangan suku kata bagi setiap baris sajak ini ialah dua hingga sepuluh suku kata.
5. Bentuk sajak ini bebas.
Gaya Bahasa
1. Sinkope – ku, kau
2. Kata ganda – mana-mana
3. Imej alam – pantai, pasir, laut, langit, pohon, ombak, angin, kerang, ru
Nilai
1. Kasih sayang – Kasih sayang kepada alam sekeliling dan segala ciptaan Tuhan
2. Kesyukuran – Mensyukuri dan menghargai ciptaan Tuhan dengan cara beriman
kepada-Nya
Pengajaran
1. Kita haruslah mensyukuri dan menghargai ciptaan Tuhan kepada kita kerana kita
dapat menjalani kehidupan dengan sempurna.
2. Kita hendaklah menjaga alam sekitar supaya dapat kita wariskan kepada generasi
yang akan datang dengan sebaik-baiknya.
3. Kita hendaklah beriman kepada Tuhan Yang Maha Pencipta.
48 49
02a RANGER BM PT3.indd 48 28/06/2019 9:17 AM

