Page 52 - Ranger PT3 Bahasa Melayu 2020
P. 52
Bahasa Melayu PT3 Bab 2 Pemahaman Teks
3. Aswan
(a) Aswan ialah remaja yang tinggal di kampung nenek Aswan dan Usamah.
(b) Dia bekas pelajar politeknik yang gagal menamatkan pengajiannya.
(c) Aswan pencemburu. Dia cemburu akan Amir dan Usamah yang mahu menghasilkan
mesin pemotong rumput dan pencangkul tanah. Oleh itu, dia mahu menghasilkan
mesin inovasi juga.
(d) Aswan tamak. Dia mahu memindahkan wang Syarikat Bahagia ke dalam akaun
banknya apabila mendapati syarikat itu mempunyai wang yang banyak.
(e) Pada akhir cerita, Aswan insaf akan perbuatannya mencuri formula Termodinamik
kepunyaan Amir. Bab 2
(f) Dia juga pemberani. Aswan berani mengakui kesalahannya apabila Amir dan
Usamah menyelamatkannya semasa dia dihanyutkan oleh banjir. Dia mengakui
kesalahannya mencuri formula Termodinamik dan berani meminta maaf daripada
Amir serta Usamah.
Latar
1. Latar masa
(a) Pagi – Hujan turun dengan lebat sehingga paras air
meningkat. Penduduk kampung terpaksa berpindah ke balai
raya.
(b) Malam
(i) Amir dan kawan-kawannya melakukan strategi untuk menangkap
penjenayah di sebuah pondok.
(ii) Arus banjir sangat kuat sehingga hampir menghanyutkan
Aswan, Majibon, dan Fikri.
(c) Tengah malam – Amir dan Usamah mendapati ada penggodam yang sedang
mencuba untuk memindahkan storan data Syarikat Bahagia.
2. Latar tempat
(a) Di kampung – Amir dan Usamah menghabiskan cuti semester di kampung
nenek mereka. Di sinilah juga mereka berusaha untuk mencipta mesin 2
dalam 1 untuk kemudahan penduduk kampung.
(b) Di sawah nenek – Penduduk kampung bergotong-royong di sawah nenek.
Nenek terjatuh ke dalam paya sehingga tidak sedarkan diri.
(c) Di wad hospital – Nenek ditempatkan di wad hospital untuk menerima rawatan.
Nenek dikunjungi oleh anak cucunya.
(d) Di pejabat bapa Amir – Pejabat ini terletak di rumah Amir di Putatan. Di sini,
Amir dapat mengesan data syarikat milik bapanya diceroboh oleh individu
tertentu.
(e) Di lapangan terbang – Amir dan Usamah berada di sini sebelum mereka ke luar
negara. Asma memberikan kuntuman bunga yang berbeza warna kepada Amir
dan Usamah.
3. Latar masyarakat
(a) Masyarakat remaja – Mereka terdiri daripada Amir, Usamah, Asma, Aswan,
dan Fikri. Amir, Usamah, dan Asma merupakan pelajar manakala Aswan dan
Fikri tidak belajar lagi.
84 85
02a RANGER BM PT3.indd 85 28/06/2019 9:17 AM

