Page 53 - Ranger PT3 Bahasa Melayu 2020
P. 53

Bahasa Melayu PT3  Bab 2 Pemahaman Teks
          (b)  Masyarakat kampung – Mereka hidup bersatu padu dan saling bekerjasama untuk
              menyiapkan  sesuatu  pekerjaan. Mereka  juga  bekerjasama  untuk menangani
              masalah kecurian.
          (c)  Masyarakat  tua – Masyarakat ini  diwakili  oleh  nenek. Nenek memberikan
              sokongan kepada Amir dan Usamah untuk menjayakan projek ciptaan mereka.
          (d)  Masyarakat  terpelajar – Amir dan Usamah  ialah  penuntut politeknik. Mereka
              mahu  menghasilkan  mesin 2 dalam  1  yang  dapat  digunakan untuk kebaikan
              masyarakat.
      Nilai
        1. Kasih sayang – Nenek menunjukkan kasih sayang kepada semua anak dan cucunya.
          Demikian juga dengan anak-anak dan cucu-cucunya yang turut menyayangi nenek.
 Bab 2
        2. Kerjasama – Penduduk kampung bekerjasama bagi menyiapkan kerja-kerja di sawah
          nenek. Mereka  juga  bekerjasama  bagi  menyelesaikan  kes  kecurian yang  kerap
          berlaku di kampung mereka.
        3. Kerajinan  –  Amir  dan  Usamah  rajin  dan  gigih berusaha untuk  mengubah suai
          mesin pemotong rumput agar dapat menjadi mesin pembajak juga bagi kemudahan
          penduduk kampung.
        4. Berdikari  –  Amir  dan  Usamah  berupaya  untuk  bertindak sendiri  dalam usaha
          mencipta  mesin 2 dalam  1. Apabila formula untuk menghasilkan  mesin itu hilang,
          mereka segera ke rumah Amir di Putatan bagi mendapatkan formula Termodinamik
          itu.
        5. Keberanian  – Amir  dan Usamah  berani  mencuba untuk menghasilkan  alat  yang
          inovasi melalui projek 2 dalam 1.
        6. Rasional – Fikri dan Majibon menentang tindakan Aswan yang mahu memindahkan
          RM1.3  juta milik Syarikat Bahagia  ke dalam  akaunnya  kerana sedar bahawa
          perbuatan tersebut salah dari segi agama dan undang-undang.
      Pengajaran
        1. Kita mestilah menghormati dan menyayangi orang yang lebih tua
          daripada kita. Amir, Usamah, dan Asma hormat dan sayang akan
          nenek mereka.
        2. Kita haruslah berani mempertahankan kebenaran. Fikri dan Majibon
          berani mempertahankan kebenaran bahawa tindakan Aswan yang mahu
          mengambil wang syarikat tersebut adalah salah.
        3. Kita janganlah  mudah  berputus asa.  Amir  dan Usamah  tidak mudah
          berputus asa  apabila formula untuk  menghasilkan mesin pemotong
          rumput dan pembajak 2 dalam 1 hilang.
        4. Kita haruslah  bekerjasama untuk  menyelesaikan  sesuatu  masalah.
          Amir  dan rakan-rakannya berjaya  menangkap  penjaga  pondok yang  menyimpan
          barang curi, iaitu Lahop dan Oyong.
        5. Kita janganlah  berperasaan hasad  dengki terhadap  orang lain. Sikap Aswan yang
          dengki akan Amir dan Usamah sehingga mencuri formula milik Amir janganlah kita
          turuti.
        6. Kita hendaklah membantu orang yang dalam kesusahan. Amir dan Usamah membantu
          Aswan yang terperangkap  dalam  banjir  walaupun  Aswan pernah  mencuri formula
          Termodinamik di bilik operasi mereka.
  86                                                                                                                                                                                    87






 02a RANGER BM PT3.indd   86                                                      28/06/2019   9:17 AM
   48   49   50   51   52   53   54   55   56   57   58