Page 27 - Ranger PT3 2022 - Bahasa Melayu
P. 27
Bahasa Melayu PT3 Bab 1 Sistem Bahasa
(c) apitan kata adjektif
• ke-…-an (contohnya kearaban, kebaratan)
5. Kata terbitan bersisipan wujud dalam kata nama, kata kerja, dan kata adjektif.
(a) sisipan kata nama
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
Bab 1
• -el (contohnya telapak, telunjuk, kelabut)
• -em (contohnya kemetot, kemuncup, semerbak)
• -er (contohnya keruping, seruling)
(b) sisipan kata kerja
• -el (contohnya selerak, gelembung)
• -er (contohnya gerodak, kerelip)
• -in (contohnya sinambung)
(c) sisipan kata adjektif
• -el (contohnya gelegak, jelajah)
• -em (contohnya gemuruh)
• -er (contohnya serabut)
6. Terdapat beberapa imbuhan pinjaman dalam bahasa Melayu. Semua imbuhan
tersebut berasal daripada bahasa asing, iaitu bahasa Arab, Latin, Sanskrit, dan
Yunan.
(a) Awalan
• anti- (contohnya antidadah, antiperang)
• auto- (contohnya automatik, autokrasi)
• dwi- (contohnya dwifungsi, dwibahasa)
• eka- (contohnya ekasyarat)
• foto- (contohnya fotografi)
• kilo- (contohnya kilogram, kilometer)
• maha- (contohnya mahaguru, mahasiswi)
• mili- (contohnya milligram, mililiter)
• poli- (contohnya poliklinik, politeknik)
• pra- (contohnya prakata, pramerdeka)
• pro- (contohnya prokerajaan, propembangkang)
• tata- (contohnya tatabahasa, tatasusila)
• tele- (contohnya telegram, telekamera)
• sub- (contohnya subtopik, subkontraktor)
(b) Akhiran
• -man (contohnya budiman, seniman)
• -nita (contohnya biduanita)
• -wan (contohnya negarawan, olahragawan)
• -wati (contohnya seniwati, peragawati)
20
01 RANGER BM PT3.indd 20 14/03/2022 9:09 AM

