Page 26 - Ranger PT3 2022 - Bahasa Melayu
P. 26

Bahasa Melayu PT3  Bab 1 Sistem Bahasa
                         •   juru- (contohnya juruacara, jururawat, juruselam, juruwang)
                         •   ke- (contohnya ketua, kekasih)
                         •   pe- (contohnya pelukis, pemakan, pesakit, pesara)                        Bab 1
                         •   peN- (contohnya pelajar, pembaca, penjual, pengesan)
             Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
                         •   peR- (contohnya perasap, perbara, perburu, pertapa)
                      (b)  awalan kata kerja
                         •   beR- (contohnya belajar, beraja, bertukar)
                         •   di- (contohnya diarah, dipikul, disekat)
                         •   dipeR- (contohnya dipercepat, diperisteri, diperoleh)
                         •   meN- (contohnya melawak, membuang, mentadbir)
                         •   mempeR- (contohnya memperhamba, memperisteri, memperlebar)
                         •   teR- (contohnya terbentuk, terjerlus, tersembam)
                      (c)  awalan kata adjektif
                         •   se- (contohnya sebaya, selebar, sepadan)
                         •   teR- (contohnya terbaharu, terindah, teringat)
                    3. Kata terbitan berakhiran dalam bahasa Melayu wujud dalam kata nama terbitan dan
                      kata kerja terbitan sahaja.
                      (a)  akhiran kata nama
                         •  -an (contohnya anyaman, jahitan, mainan)
                      (b)  akhiran kata kerja
                         •  -i (contohnya duduki, jalani, sirami)
                         •  -kan (contohnya cucikan, goncangkan, tekankan)
                    4. Kata terbitan berapitan wujud dalam kata nama terbitan, kata kerja terbitan, dan
                      kata adjektif terbitan.
                      (a)  apitan kata nama
                         •   ke-…-an (contohnya kedutaan, kelewatan, kesulitan)
                         •  pe-…-an (contohnya pekarangan, pesisiran, peperangan)
                         •  peN-….-an (contohnya pendakian, penterjemahan, penyitaan)
                         •  peR-…-an (contohnya perkembangan, permainan, persalinan)
                      (b)  apitan kata kerja
                         •  beR-…-an (contohnya berdekatan, berlinangan, bersalaman)
                         •  beR-…-kan (contohnya berbajukan, berlapikkan, berpayungkan)
                         •  di-…-i (contohnya diadili, diikuti, disakiti)
                         •  di-…-kan (contohnya dibiarkan, dilakukan, dipisahkan)
                         •  dipeR-…-i (contohnya diperbaharui, diperingati)
                         •  dipeR-…-kan (contohnya diperdebatkan, dipersembahkan, dipertemukan)
                         •  ke-…-an (contohnya kehausan, kehujanan, ketibaan)
                         •  meN-…-i (contohnya mendendami, menghakimi, menziarahi)
                         •  meN-….-kan (contohnya mendoakan, mengguntingkan, menzahirkan)
                         •  mempeR-…-i (contohnya memperingati, memperkebuni, mempersenjatai)
                         •   mempeR-…-kan (contohnya memperjuangkan, mempersembahkan)


                                                       19





         01 RANGER BM PT3.indd   19                                                         14/03/2022   9:09 AM
   21   22   23   24   25   26   27   28   29   30   31