Page 29 - Ranger PT3 2022 - Bahasa Melayu
P. 29

Bahasa Melayu PT3  Bab 1 Sistem Bahasa
                 5. Penggandaan kata majmuk melibatkan penggandaan unsur pertama pada kata dasar
                    sahaja. Contohnya, jam-jam tangan, guru-guru besar, gambar-gambar rajah, dan
                    naib-naib canselor.
                 6. Apabila kata  majmuk  menerima imbuhan awalan  atau  akhiran sahaja,  ejaannya
             Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
                    terpisah. Contohnya,  daya serap menjadi daya serapan  dan temu ramah menjadi
        Bab 1
                    ditemu ramah.
                 7. Apabila  kata  majmuk  menerima imbuhan apitan,  ejaannya  haruslah  bercantum.
                    Contohnya, anak tiri menjadi menganaktirikan dan salah guna menjadi penyalahgunaan.




                PRAKTIS      FORMATIF           1.2.2


                   1.  Lengkapkan ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.
                     Encik Zaini dan isterinya masih berada di hospital kerana      terhadap
                     jenazah anak mereka masih belum selesai.
                     A  uji kaji                         C  temu ramah
                     B  kaji hayat                       D  bedah siasat

                   2.  Dalam ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan. Kenal pasti kesalahan tersebut
                     dan tulis ejaan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu
                     menyalin ayat itu semula.


                     Para perajurit sanggup berkorban nyawa demi tanggung jawab kepada negara.



               1.2.3  Penggandaan
                 1. Penggandaan ialah proses mengulang kata dasar sama ada secara      Kata
                                                                                       Ganda
                    penuh  atau  separa.  Kata  dasar juga boleh  digandakan  secara
                    berentak.                                                   VIDEO
                 2. Terdapat tiga jenis penggandaan, iaitu:
                    (a)  penggandaan penuh
                    (b)  penggandaan separa
                    (c)  penggandaan berentak
                 3. Penggandaan  penuh ialah proses penggandaan seluruh kata dasar.Terdapat empat
                    bentuk penggandaan penuh.
                    (a)  Penggandaan penuh kata tunggal, contohnya baju-baju, murid-murid, pegawai-
                       pegawai.
                    (b)  Penggandaan  penuh  kata berimbuhan dengan awalan,  contohnya  ketua-ketua,
                       pelatih-pelatih, peniaga-peniaga.
                    (c)  Penggandaan penuh kata berimbuhan dengan akhiran, contohnya amalan-amalan,
                       jualan-jualan, kajian-kajian.


                                                     22





         01 RANGER BM PT3.indd   22                                                         14/03/2022   9:09 AM
   24   25   26   27   28   29   30   31   32   33   34