Page 28 - Ranger PT3 2022 - Bahasa Melayu
P. 28
Bahasa Melayu PT3 Bab 1 Sistem Bahasa
PRAKTIS FORMATIF 1.2.1 Bab 1
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan imbuhan. Kenal pasti
kesalahan tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan.
Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
1. Kerajaan yakin bahawa penguatkuasaan undang-undang jalan raya yang lebih ketat
dapat mengurang kadar kemalangan jalan raya.
2. Pengerusi persatuan penduduk itu menggalakkan penduduk menjayakan
program kemasyarakatan agar hubungan mereka dapat dipereratkan.
3. Azahar sering menasihatkan rakan-rakannya supaya sabar menempuh dugaan hidup.
4. Pejabat ayah dilengkap kemudahan komputer yang canggih.
5. Rakyat diingatkan supaya mengawasi kandungan kolesterol dalam tubuh masing-
masing agar tidak mudah menyerang penyakit.
6. Para usahawan itu sedang berbincang tentang cara-cara untuk meningkat keuntungan
perniagaan mereka.
1.2.2 Pemajmukan
1. Bentuk kata majmuk terhasil melalui proses pemajmukan, iaitu Kata
Majmuk
dengan merangkaikan dua kata dasar atau lebih lalu membentuk
satu perkataan baharu yang membawa makna tertentu. VIDEO
2. Kata majmuk dieja terpisah kecuali perkataan-perkataan yang
telah mantap penggunaannya yang boleh dieja rapat, contohnya
antarabangsa, beritahu, bumiputera, jawatankuasa, kakitangan,
kerjasama, matahari, olahraga, pesuruhjaya, setiausaha,
sukarela, suruhanjaya, tandatangan, tanggungjawab, dan
warganegara.
3. Bagi kata majmuk yang dieja terpisah, kata majmuk tidak boleh
menerima sebarang sisipan unsur lain. Sebagai contohnya, kerusi malas
tidak boleh disisipkan kata yang.
4. Terdapat tiga jenis kata nama majmuk.
(a) Kata majmuk istilah khusus, contohnya batu kapur, garis
pusat, hak milik, kemas kini, kertas kerja, lut sinar, mata pelajaran, model
linear, pita suara, dan urus setia.
(b) Kata majmuk yang mendukung maksud kiasan atau simpulan bahasa, contohnya
anak emas, darah panas, kaki ayam, manis mulut, pilih kasih, dan tumbuk rusuk.
(c) Kata majmuk bebas, contohnya arang batu, ibu bapa, ganti rugi, tanah air, dan
tingkah laku.
21
01 RANGER BM PT3.indd 21 14/03/2022 9:09 AM

