Page 31 - Ranger PT3 2022 - Bahasa Melayu
P. 31
Bahasa Melayu PT3 Bab 1 Sistem Bahasa
PRAKTIS FORMATIF 1.2.3
1. Lengkapkan ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
Bab 1
Mereka kelihatan kerana terpaksa menaiki tangga hingga tingkat
sepuluh menara itu.
A terkial-kial C terkocoh-kocoh
B terketar-ketar D tercungap-cungap
2. Bahagian yang bergaris dalam ayat berikut mungkin mengandungi kesalahan
penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak.
Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan
D jika tiada kesalahan.
Sejak Encik Haziq dinaikkan pangkat sebagai pengurus, kehidupannya kini sudah
sangat senang-lenang.
A sudah senang-lenang C sangat sudah senang-lenang
B sangat senang-lenang D sudah sangat senang-lenang
3. Dalam ayat di bawah, terdapat satu kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan
tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda
tidak perlu menyalin ayat itu semula.
Ibu menyediakan pelbagai lauk-pauk untuk hidangan tengah hari.
1.3 Sintaksis Jenis-jenis
Frasa
1.3.1 Frasa Nama VIDEO
1. Frasa nama ialah susunan perkataan yang terdiri daripada kata nama, kata nama
terbitan, atau kata ganti nama sebagai intinya.
2. Frasa nama dapat berfungsi sebagai:
(a) subjek, contohnya Encik Ahmadi pegawai pelaburan.
(b) objek, contohnya Mereka menulis karangan.
(c) predikat, contohnya Ibu pengetua sekolah menengah.
3. Frasa nama perlulah dibina mengikut peraturan Hukum D-M. Hukum ini bermaksud
‘diterangkan-menerangkan’. Unsur yang diterangkan terletak pada bahagian pertama
manakala unsur yang menerangkan terletak pada bahagian kedua sesuatu ayat.
Contoh:
Diterangkan (D) Menerangkan (M)
kaum wanita
pisau sayur
serbuk cili
24
01 RANGER BM PT3.indd 24 14/03/2022 9:09 AM

