Page 36 - Ranger PT3 2022 - Bahasa Melayu
P. 36
Bahasa Melayu PT3 Bab 1 Sistem Bahasa
PRAKTIS FORMATIF 1.3.4 Bab 1
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
Bahagian yang bergaris dalam ayat berikut mungkin mengandungi kesalahan
penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak.
Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D
jika tiada kesalahan.
Usahawan itu mendapat sokongan dari keluarganya untuk mengembangkan perniagaannya
ke luar negara.
A mendapatkan sokongan dari
B mendapat sokongan daripada
C mendapatkan sokongan daripada
D mendapat sokongan dari
1.4 Pembinaan Ayat
1.4.1 Bentuk Ayat
Terdapat tiga bentuk ayat, iaitu ayat dasar, ayat tunggal, dan ayat majmuk.
Ayat Dasar
1. Ayat dasar terdiri daripada satu subjek dan satu predikat.
Ayat ini dikenali juga sebagai ayat inti atau ayat mudah.
2. Ayat dasar berbentuk susunan biasa dan tidak mempunyai keterangan.
3. Pola ayat dasar ialah:
(a) Frasa nama + Frasa nama (FN + FN)
(b) Frasa nama + Frasa kerja (FN + FK)
(c) Frasa nama + Frasa adjektif (FN + FA)
(d) Frasa nama + Frasa sendi nama (FN + FSN)
4. Subjek terdiri daripada frasa nama dan predikat terdiri daripada frasa nama,
frasa kerja, frasa adjektif, atau frasa sendi nama. Contoh:
Pola Subjek Predikat
FN + FN Beliau ahli perniagaan.
FN + FK Mereka belajar.
FN + FA Gadis itu cantik.
FN + FSN Ayah ke Kota Kinabalu.
29
01 RANGER BM PT3.indd 29 14/03/2022 9:09 AM

