Page 33 - Ranger PT3 2022 - Bahasa Melayu
P. 33
Bahasa Melayu PT3 Bab 1 Sistem Bahasa
1.3.2 Frasa Kerja
1. Frasa kerja ialah susunan perkataan yang terdiri daripada kata kerja sebagai
intinya.
2. Frasa kerja terdiri daripada dua bahagian, iaitu:
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
Bab 1
(a) frasa kerja dengan kata kerja transitif
(b) frasa kerja dengan kata kerja tak transitif
3. Frasa kerja dengan kata kerja transitif memerlukan frasa nama sebagai objek
untuk membentuk predikat ayat. Contoh: Encik Fuad mengusahakan perniagaan
pakaian.
4. Sesetengah murid keliru dalam menggunakan frasa kerja transitif, seperti yang
berikut.
Penggunaan Frasa Kerja Transitif Penggunaan Frasa Kerja Transitif
yang Salah yang Betul
Kerajaan akan menyemak semula Kerajaan akan menyemak cadangan itu
cadangan itu. semula.
Dia memerhatikan akan gurunya dengan Dia memerhatikan gurunya dengan khusyuk
khusyuk sekali. sekali.
Pemain bola itu menendang dengan Pemain bola itu menendang bola dengan
sekuat-kuat hatinya bola. sekuat-kuat hatinya.
Wartawan itu melaporkan dari lokasi berita Wartawan itu melaporkan berita kejadian
kejadian tanah runtuh. tanah runtuh dari lokasi.
5. Frasa kerja dengan kata kerja tak transitif tidak memerlukan frasa nama sebagai
objek untuk membentuk predikat ayat. Contoh: Abang sedang berlari.
6. Sesetengah murid keliru dalam menggunakan frasa kerja tak transitif, seperti yang
berikut.
Penggunaan Frasa Kerja Tak Transitif Penggunaan Frasa Kerja Tak Transitif
yang Salah yang Betul
Mereka akan berbincang perkara itu Mereka akan berbincang tentang perkara
dengan segera. itu dengan segera.
Kajian itu berdasarkan pada maklum balas Kajian itu berdasarkan maklum balas yang
yang diterima daripada para peserta. diterima daripada para peserta.
Mereka sudah berjumpa guru bertugas Mereka sudah berjumpa dengan guru
pagi tadi. bertugas pagi tadi.
26
01 RANGER BM PT3.indd 26 14/03/2022 9:09 AM

