Page 41 - Ranger PT3 2022 - Bahasa Melayu
P. 41
Bahasa Melayu PT3 Bab 1 Sistem Bahasa
PRAKTIS FORMATIF 1.4.2
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
Bab 1
A Tukar ayat-ayat aktif di bawah kepada ayat pasif.
1. Kami mengangkat pasu yang berat itu ke tengah halaman.
2. Zaquan menendang bola itu ke luar padang.
3. Kakak menyiram pokok-pokok sayur menggunakan air tadahan hujan.
B Tukar ayat-ayat pasif di bawah kepada ayat aktif.
1. Guni pasir itu saya angkat ke dalam stor di belakang rumah saya.
2. Baju yang mahal itu dibeli oleh Zikri di sebuah pasar raya terkenal.
3. Latihan matematik yang sukar itu kamu jawab dengan jayanya.
1.4.3 Jenis Ayat
1. Terdapat empat jenis ayat, iaitu ayat penyata, ayat tanya, Jenis-jenis
ayat perintah, dan ayat seruan. Ayat
2. Ayat penyata berfungsi untuk menyatakan atau memberi VIDEO
keterangan tentang sesuatu hal.
Contoh:
• Abang melanjutkan pelajarannya ke universiti.
• Pejabat bapa saudara saya besar.
3. Ayat tanya berfungsi untuk tujuan menanyakan orang atau sesuatu hal. Terdapat
dua jenis ayat tanya, iaitu:
(a) Ayat tanya tanpa kata tanya (ayat tanya yang lazimnya diucapkan dengan nada
suara meninggi sebelum kesenyapan pada akhir ayat). Contoh:
• Adik masih menangis?
• Mereka kepenatan?
(b) Ayat tanya dengan kata tanya (ayat tanya yang menggunakan kata tanya seperti
apa, bagaimana, berapa, bila, mana, mengapa, atau siapa). Contoh:
• Apakah nama benda ini?
• Adik awak yang mana?
34
01 RANGER BM PT3.indd 34 14/03/2022 9:09 AM

