Page 32 - Ranger PT3 2022 - Bahasa Melayu
P. 32
Bahasa Melayu PT3 Bab 1 Sistem Bahasa
4. Terdapat murid yang keliru dan salah dalam menggunakan Hukum D-M. Contoh:
Penggunaan Hukum D-M yang Salah Penggunaan Hukum D-M yang Betul
alat penghawa dingin alat pendingin hawa Bab 1
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
goreng pisang pisang goreng
Ibu Pejabat Daerah Polis Ibu Pejabat Polis Daerah
Julia Kedai Jahit Kedai Jahit Julia
5. Selain itu, segelintir murid memasukkan kata kerja dalam frasa nama yang
menyebabkan frasa nama tersebut mengalami kesalahan. Contoh:
Penggunaan Frasa Nama yang Salah Penggunaan Frasa Nama yang Betul
seni mempertahankan diri seni pertahanan diri
pusat membeli-belah pusat beli-belah
sudut membaca sudut bacaan
kaedah memandu berhemah kaedah pemanduan berhemah
tempat meletak kereta tempat letak kereta
PRAKTIS FORMATIF 1.3.1
Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan
tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak
perlu menyalin ayat itu semula.
1. Ibu membeli beberapa botol cili sos di pasar raya itu sebelum pulang ke rumah.
2. Puan Samsiah mengusahakan perniagaan makanan ringan seperti kerepek dan mini
popia untuk mencari pendapatan tambahan.
3. Murid-murid lelaki dan perempuan digalakkan untuk menyertai seni mempertahankan
diri.
4. Lauk-pauk yang terdapat di Saji Restoran sangat sedap dan murah pula harganya.
5. Para pemandu kenderaan diingatkan agar mematuhi kaedah memandu berhemah
bagi mengelakkan kemalangan.
25
01 RANGER BM PT3.indd 25 14/03/2022 9:09 AM

