Page 37 - Ranger PT3 2022 - Bahasa Melayu
P. 37

Bahasa Melayu PT3  Bab 1 Sistem Bahasa
               Ayat Tunggal
                 1. Ayat tunggal ialah ayat yang mempunyai satu klausa sahaja, iaitu satu subjek dan
                    satu predikat.
                 2. Ayat tunggal boleh dilengkapi dengan keterangan subjek atau keterangan predikat.
             Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
        Bab 1
                 3. Ayat tunggal  terdiri  daripada ayat  penyata,  ayat  tanya,  ayat  seruan, dan  ayat
                    perintah.
                 4. Terdapat dua bentuk susunan ayat tunggal, iaitu:
                    (a)  ayat susunan biasa (subjek di hadapan dan predikat di belakang)
                    (b)  ayat susunan songsang (predikat di hadapan dan subjek di belakang)
                 5. Terdapat dua bentuk  ayat  songsang, iaitu  pendepanan seluruh predikat  dan
                    pendepanan sebahagian predikat. Contoh:
                              Ayat susunan biasa                Ayat susunan songsang
                      Wanita itu usahawan berjaya.       Usahawan berjaya wanita itu.
                      Pemuda itu gigih mengembangkan     Gigih pemuda itu mengembangkan
                      perniagaannya.                     perniagaannya.
                      Ayah belum menyiapkan barangan     Belum menyiapkan barangan tempahan
                      tempahan pelanggannya.             pelanggannya ayah.
                      Emak akan ke Pulau Langkawi pada   Akan ke Pulau Langkawi emak pada
                      hujung bulan ini.                  hujung bulan ini.

               Ayat Majmuk
                 1. Ayat majmuk terdiri daripada gabungan beberapa ayat tunggal. Ayat majmuk juga
                    dikenali sebagai ayat berlapis yang mempunyai lebih daripada satu subjek dan satu
                    atau lebih predikat.
                 2. Terdapat  tiga  jenis ayat  majmuk,  iaitu ayat  majmuk  gabungan,  ayat  majmuk
                    pancangan, dan ayat majmuk campuran.
                 3. Ayat majmuk gabungan terhasil daripada gabungan dua atau lebih ayat  tunggal
                    yang  setara sifatnya. Antara kata  hubung yang  digunakan  dalam  ayat  majmuk
                    gabungan ialah dan, lalu, serta, sambil, malahan, dan sebagainya. Contoh ayat:

                        Ayat tunggal 1      Ayat tunggal 2         Ayat majmuk gabungan
                    Azlina pergi ke pasar   Ibu Azlina pergi ke   Azlina  dan ibunya pergi ke  pasar
                    raya.                pasar raya.          raya.

                    Hadi gemuk.          Kakak Hadi kurus.    Hadi gemuk tetapi kakaknya kurus.
                    Dia malas belajar.   Dia gagal dalam      Dia malas belajar  maka dia gagal
                                         peperiksaan itu.     dalam peperiksaan itu.

                 4. Ayat majmuk  pancangan ialah binaan ayat yang terdiri daripada satu ayat utama
                    dan satu atau beberapa ayat kecil lain yang dipancangkan dalam ayat utama.
                 5. Terdapat tiga jenis ayat majmuk pancangan, iaitu ayat relatif, ayat komplemen, dan
                    ayat keterangan.



                                                     30





         01 RANGER BM PT3.indd   30                                                         14/03/2022   9:09 AM
   32   33   34   35   36   37   38   39   40   41   42