Page 40 - Ranger PT3 2022 - Bahasa Melayu
P. 40

Bahasa Melayu PT3  Bab 1 Sistem Bahasa
                  1.4.2  Ragam Ayat
                                                                                         Ragam
                    1. Terdapat dua jenis ragam ayat, iaitu ragam ayat aktif dan ayat    Ayat
                      pasif.                                                                          Bab 1
                                                                                 VIDEO
             Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
                    2. Ragam ayat aktif mengutamakan pelaku sebagai judul, kemudian
                      diikuti dengan kata kerja dan objek. Contoh:

                          Pelaku              Kata Kerja                 Objek
                            Alia               membuat                kerja rumah.
                           Alan               menyiapkan               latihan itu.

                           Salma              membantu                    ibu.

                    3. Ragam  ayat  pasif pula  menjadikan objek sebagai judul kemudiannya diikuti oleh
                      pelaku atau kata kerja, bergantung pada kata ganti nama diri yang terdapat dalam
                      ayat tersebut.
                      (a)  Ayat pasif kata ganti nama diri pertama dan kedua
                         Contoh:

                                 Objek               Pelaku            Kata Kerja
                              Buku latihan           kami                 beli.

                               Rumah itu             kalian              bina.
                                Kerja itu            kamu               siapkan.

                      (b)  Ayat pasif kata ganti nama diri ketiga
                         Contoh:

                                 Objek             Kata Kerja            Pelaku

                              Kerja rumah            dibuat            oleh Alia.
                               Latihan itu          disiapkan          oleh Alan.
                                  Ibu               dibantu            oleh Salma.


















                                                       33





         01 RANGER BM PT3.indd   33                                                         14/03/2022   9:09 AM
   35   36   37   38   39   40   41   42   43   44   45