Page 42 - Ranger PT3 2022 - Bahasa Melayu
P. 42
Bahasa Melayu PT3 Bab 1 Sistem Bahasa
4. Ayat perintah berfungsi untuk menimbulkan sesuatu tindakan. Terdapat empat
jenis ayat perintah, iaitu ayat suruhan, ayat permintaan, ayat silaan, dan ayat
larangan.
(a) Ayat suruhan diujarkan untuk menimbulkan satu tindakan kepada pihak yang Bab 1
ditujukan perintah tersebut. Biasanya, ayat ini menggugurkan kata ganti nama
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
diri orang kedua seperti kamu, awak, dan engkau. Contoh:
• Duduklah di tempat masing-masing.
• Tutup pintu itu.
(b) Ayat permintaan diujarkan dengan tujuan memohon permintaan dan pertolongan.
Ayat ini menggunakan kata harap, minta, atau tolong. Contoh:
• Tolong siapkan kerja itu.
• Minta kerjasama awak dalam hal ini.
• Harap awak dapat membantu saya.
(c) Ayat silaan ialah ayat yang mempersilakan seseorang secara sopan. Ayat ini
menggunakan kata jemput atau sila. Contoh:
• Jemputlah datang.
• Silalah duduk.
(d) Ayat larangan ialah ayat yang diujarkan untuk menghalang sesuatu perbuatan.
Ayat ini menggunakan kata larangan seperti jangan dan usah. Contoh:
• Jangan berdiri di sini.
• Usah kamu pedulikan dia.
5. Ayat seruan ialah ayat yang diucapkan dengan nada atau intonasi seru untuk
tujuan melahirkan suatu keadaan perasaan, seperti takut, marah, takjub, geram,
sakit, dan sebagainya. Dalam tulisan, intonasi seru digambarkan dengan tanda seru
(!) yang diletakkan di akhir ayat, sama ada ayat itu didahului oleh kata seru atau
tidak. Antara kata seru yang biasa digunakan ialah aduh, aduhai, amboi, cis, eh, oh,
syabas, wah, dan sebagainya. Contoh:
• Amboi, garangnya abang kamu itu!
• Syabas, kamu berjaya!
PRAKTIS FORMATIF 1.4.3
Tentukan jenis ayat-ayat di bawah.
1. Silalah datang ke rumah saya pada minggu hadapan.
2. Bangunan usang itu sudah dirobohkan oleh pihak berkuasa tempatan.
3. Bilakah masalah itu akan selesai jika kamu tidak menanganinya?
4. Ah, cadangan awak itu memang tidak masuk akal!
5. Usah masuk ke kawasan itu kerana banyak serangga berbahaya.
35
01 RANGER BM PT3.indd 35 14/03/2022 9:09 AM

