Page 53 - Ranger PT3 2022 - Bahasa Melayu
P. 53
Bahasa Melayu PT3 Bab 3 Pemindahan Maklumat
Model 4
Carta
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
Lihat carta pai di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam carta
pai tersebut, tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan.
FAKTOR KEDATANGAN PELANCONG ASING KE MALAYSIA
5%
15%
40%
15% Bab 3
25%
Kepentingan
Industri
Pelancongan
INFO
Destinasi menarik Layanan mesra
Keindahan infrastruktur Harga berpatutan
Perkhidmatan pelancongan
Jawapan
Malaysia antara destinasi pilihan pelancong asing. Sebahagian besar
pelancong datang kerana negara kita mempunyai destinasi yang menarik
untuk dikunjungi. Antaranya ialah pantai dan pulau yang indah, tempat
bersejarah, dan pusat beli-belah. Di samping itu, rakyat Malaysia
memberikan layanan mesra kepada pelancong asing sehingga mereka
jatuh hati terhadap masyarakat Malaysia yang berbudi bahasa.
Pelancong asing juga melawat Malaysia kerana terdapat pelbagai
kemudahan infrastruktur dan harga barangan pula berpatutan. Hal ini
menyebabkan mereka berpuas hati semasa melancong ke negara kita.
Kesimpulannya, pelancong memilih Malaysia kerana kelebihan yang terdapat
di negara kita.
217
03 RANGER BM PT3.indd 217 14/03/2022 9:11 AM

