Page 6 - Genius PBD Sejarah Thn 4 (EG)
P. 6
Cadangan PdPc
1. Guru menjelaskan peranan anggota keluarga dan adab-adab yang patut diamalkan dalam keluarga.
2. Guru akan bertindak sebagai Pengacara TV (Host).
3. Empat orang murid dipilih menjadi ahli panel yang membincangkan tajuk berikut:
Keluarga Bahagia, Negara Sejahtera
4. Murid-murid lain boleh mengemukakan soalan kepada ahli panel.
5. Guru akan membuat kesimpulan dan rumusan tentang tajuk.
6. Hasil perbincangan akan dibuat dalam bentuk karangan pendek.
7. Murid menjawab soalan dalam buku Genius PBD Sejarah halaman 14 tentang peranan anggota keluarga.
Panduan RPH Tahap Penguasaan
Standard Kandungan (SK) Standard Pembelajaran (SP) (TP) Halaman
1.2 Pengertian Diri dan Keluarga 1.2.4 Menghuraikan perkembangan diri mengikut TP4 15
garis masa Buku Teks m.s. 24 – 25
BBM PAK-21 KBAT
Buku teks, LCD, klip video daripada YouTube Persembahan / Lakonan Mengaplikasi
EMK i-THINK Nilai Murni
Nilai murni Peta alir Bertanggungjawab
Cadangan PdPc
1. Guru menunjukkan video tentang keluarga melalui drama berikut:
https://www.youtube.com/watch?v=Zcyvey7OctA
2. Guru membimbing murid mengenali garis masa berdasarkan peristiwa bersejarah dalam keluarga.
3. Guru meminta beberapa orang murid menceritakan peristiwa bersejarah dalam keluarga mereka.
4. Murid akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan akan memilih satu peristiwa bersejarah yang
memberikan kesan kepada kehidupan mereka.
5. Contoh peristiwa bersejarah:
(a) Pendaftaran tahun satu (c) Kematian datuk atau nenek
(b) Berpindah ke rumah baharu (d) Kelahiran anggota keluarga
6. Peristiwa bersejarah tersebut akan dilakonkan oleh ahli kumpulan di hadapan kelas.
7. Murid menjawab soalan dalam buku Genius PBD Sejarah halaman 15 tentang perkembangan diri.
Panduan RPH Tahap Penguasaan
Standard Kandungan (SK) Standard Pembelajaran (SP) (TP) Halaman
1.2 Pengertian Diri dan Keluarga K1.2.5 Menunjuk cara adab yang perlu diamalkan TP6 16
dalam keluarga
BBM PAK-21 KBAT
Buku teks, Bonus PdPc eP+: Praktis i-THINK Penulisan pantas Mengaplikasi
EMK i-THINK Nilai Murni
Kemahiran berfikir Peta buih Hemah tinggi
Cadangan PdPc
1. Guru menerangkan ciri-ciri keluarga bahagia dan amalan beradab dalam keluarga.
2. Guru bersoal jawab dengan murid berkaitan amalan beradab yang dilakukan seharian.
3. Dalam tempoh 1-3 minit, guru meminta murid menyenaraikan tiga amalan beradab.
4. Contohnya:
(a) Semasa makan (d) Semasa menziarahi datuk dan nenek
(b) Semasa meninggalkan rumah (e) Semasa menerima kedatangan tetamu
(c) Semasa bertutur dengan ibu bapa
5. Guru memberikan latihan tambahan dalam bentuk Praktis i-THINK.
6. Murid menjawab soalan dalam buku Genius PBD Sejarah halaman 16 tentang ciri-ciri keluarga bahagia dan amalan
beradab.
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. EG 4 UNIT 2
00D RPH.indd 4 20/09/2022 9:40 AM

