Page 16 - BUKU MESYUARAT AGONG NEGERI PULAU PINANG 2021
P. 16

LAPORAN TAHUNAN

                                                                                                 Mesyuarat Agung Negeri Pulau Pinang



                 Menurut beliau, Co-op Station antara nilai tambah yang diberikan kepada koperasi yang sedia ada
                 kedai runcit dalam membantu meningkatkan jualan, selain penubuhan  Pusat  Co-op Station 1 (One)
                 Stop Center di Desa Sena Kepala Batas yang diketuai oleh Koperasi Guru Besar SK Pulau Pinang
                 Berhad. Dalam program ini, koperasi yang terlibat  akan mendapat bekalan barangan keperluan harian
                 pada  harga  patut  supaya  dapat  menjual  kepada  anggota  koperasi  pada  harga  yang  lebih  murah
                 berbanding harga pasaran. Co-op Station One Stop Center akan dijadikan sebagai pusat setempat
                 bagi 40 buah koperasi yang mempunyai produk untuk memulakan perniagaan masing-masing. Pusat
                 ini akan menjadi tempat aktiviti perniagaan anggota koperasi Pulau Pinang dan juga seluruh Malaysia.

                 ANGKASA Pulau Pinang juga telah menyusun dan menjemput beberapa koperasi untuk bergabung
                 dalam projek hartanah di Bayan Lepas dan projek pertanian. 53 ekar tanah pertanian untuk tanaman
                 kontan diusahakan di bawah EXCO Pertanian, manakala Projek Lembu Korban telah dilaksanakan
                 oleh Koperasi Nusa Gemilang Bhd.

                 Tambah beliau, bagi membantu koperasi sekolah mendapat perolehan RM1 juta seperti yang telah
                 dicapai oleh Koperasi Maktab Rendah Sains Mara Kepala Batas Bhd., ANGKASA Pulau Pinang telah
                 bekerjasama dengan Jabatan Pendidikan Pulau Pinang yang bertindak sebagai pemudah cara bagi
                 proses pengambilalihan pengurusan kantin sekolah.

                 Selain itu, melalui Sektor Bahagian Syariah (Koperasi Khariah Masjid) dan bantuan Bahagian Syariah
                 ANGKASA, dua buah bangunan kedai di Bertam Walk telah dibeli melalui dana wakaf ANGKASA.
                 Bangunan  tersebut  akan  disewakan  dan  akan  memberi  manfaat  kepada  wakaf  ANGKASA  dan
                 koperasi-koperasi di Pulau Pinang. Melalui koperasi kariah masjid, ANGKASA Pusat telah memberi
                 kelulusan dana kepada dua buah koperasi kariah masjid bagi menjalankan aktiviti perniagaan  car
                 wash, iaitu Koperasi Khariah Masjid Kubang Semang Daerah Tengah Berhad dan Koperasi Qaryah
                 Masjid Taman An Nur Pekaka Seberang Perai Selatan Bhd. Aktiviti perniagaan tersebut membantu
                 golongan asnaf masjid-masjid tersebut meningkatkan pendapatan masing-masing.

                 Jawatankuasa  Pembangunan  Wanita Negeri (JPWN) merangka aktiviti dalam bidang penjagaan diri
                 dan Spa bagi memajukan koperator wanita. Kerjasama dijalin dengan Sek. Men. Keb. Tunku Puan
                 Habsah  yang  mempunyai  kemudahan/kepakaran  untuk  melatih  koperator  wanita  meningkatkan
                 kemahiran dalam bidang tersebut, seterusnya dapat melahirkan usahawan koperasi dalam bidang
                 Penjagaan Diri dan Spa Muslim di Pulau Pinang.

                 Akhir kata, beliau mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua yang hadir, tidak ketinggalan
                 kepada  perwakilan  yang  menjayakan  persidangan  Tahunan  ANGKASA  dan  berharap  setiap
                 perancangan akan menjadi kenyataan.


                 UCAPAN  PERASMIAN  OLEH  YB  DATO’  IR  HAJI  AHMAD  ZAKIYUDDIN  ABDUL  RAHMAN
                 TIMBALAN KETUA MENTERI 1 PULAU PINANG


                 YB.  Dato’  Ir  Haji  Ahmad  Zakiyuddin  Abdul  Rahman  Timbalan  Ketua  Menteri  1  Pulau  Pinang,
                 memulakan ucapan dengan memberi salam dan ucapan terima kasih kepada Presiden ANGKASA
                 atas jemputan merasmikan Persidangan ANGKASA Negeri Pulau Pinang bagi tahun 2019. Beliau juga
                 mengucapkan tahniah kepada semua ahli JPAN Pulau Pinang atas pelaksanaan persidangan serta
                 perubahan  kepada ANGKASA  Pulau  Pinang  melalui  kepimpinan  baharu.  Bagi  beliau,  penyertaan
                 seramai 314 orang perwakilan dari 297 buah koperasi seluruh Pulau Pinang merupakan perhimpunan
                 terbesar koperasi di negeri tersebut.




                                                            13
   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21