Page 17 - BUKU MESYUARAT AGONG NEGERI PULAU PINANG 2021
P. 17

LAPORAN TAHUNAN

                                                                                                 Mesyuarat Agung Negeri Pulau Pinang



                 Menurut beliau, gerakan Koperasi di Malaysia telah berkembang maju jika dibandingkan dengan tahun
                 awal koperasi diperkenalkan iaitu pada 1922 apabila Syarikat Bekerjasama-sama Jimat Cermat dan
                 Pinjaman Wang Pekerja-Pekerja Jabatan Pos ditubuhkan. Sejak daripada itu, keyakinan orang ramai
                 terhadap gerakan koperasi terus meningkat. Menurut statistik daripada SKM koperasi berdaftar di
                 seluruh negara sehingga 31 Disember 2018 adalah sebanyak 14,245 buah dengan jumlah anggota
                 individu seramai 6.5 juta orang dan jumlah syer / yuran sebanyak RM14.78 bilion serta jumlah aset
                 sebanyak RM140.39 bilion dimana jumlah perolehan sebanyak RM42.05 bilion.

                 Beliau maklum usaha ANGKASA di bawah kepimpinan Presiden ANGKASA yang berusaha gigih dan
                 berterusan  untuk  membawa  koperasi  dalam  bidang  perniagaan  berimpak  tinggi.  ANGKASA  amat
                 menitikberatkan  pelbagai  perniagaan  yang  boleh  membawa  koperasi  mencapai  KDNK  sebanyak
                 RM55 bilion pada tahun 2020.

                 Beliau  menjelaskan  terdapat  lapan  (8)  Sektor  Peneraju  Pembangunan  Perniagaan  Koperasi
                 diperkenalkan  ANGKASA  untuk  membimbing,  memimpin  dan  menyelaras  perniagaan  koperasi
                 mengikut sektor yang dimana membawa perolehan yang lebih tinggi untuk gerakan koperasi negara.

                 Lapan sektor peneraju perniagaan tersebut ialah:

                 i.   Sektor Peneraju Perkhidmatan Kewangan;
                 ii.   Sektor Peneraju Pembangunan Komuniti;
                 iii.   Sektor Peneraju Pelancongan, Kesihatan dan Penjagaan Diri;
                 iv.   Sektor Peneraju Pertanian dan Industri Asas Tani;
                 v.   Sektor Peneraju Perladangan;
                 vi.   Sektor Peneraju Pemborongan dan Peruncitan;
                 vii.   Sektor Peneraju Inovasi dan Teknologi; dan
                 viii.   Sektor Peneraju Pembangunan Hartanah.

                 Menerusi ANGKASA Pulau Pinang, lima (5) Jawatankuasa Sektor Peringkat Negeri telah ditubuhkan.
                 Setiap  sektor  mempunyai  jawatankuasa  yang  bertanggungjawab  menjalankan  peranan  bagi
                 membantu koperasi di bawah fungsi masing-masing. Pencapaian ANGKASA adalah untuk semua.
                 Oleh itu, penting untuk pemimpin koperasi sentiasa bersedia dari segi modal, kepakaran, tenaga dan
                 iltizam untuk memajukan koperasi masing-masing.

                 Beliau turut menyentuh peranan masjid sebagai pusat penyatuan umat Islam. Justeru, beliau meminta
                 pihak ANGKASA agar dapat memberi penekanan kepada penubuhan dan pengembangan Koperasi
                 Kariah Masjid. Hal ini disebebkan Koperasi Kariah Masjid adalah terjemahan kepada penyatuan umat
                 Islam  dalam  membentuk  pembangunan  ekonomi  umat.  Diharapkan  agar  ANGKASA  dan  agensi
                 seperti Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Institut Koperasi Malaysia (IKM), Jabatan Pendidikan
                 Negeri Pulau Pinang serta agensi lain akan terus bekerjasama erat membangunkan ekonomi Negeri
                 Pulau Pinang.

                 Tambah beliau, langkah pembangunan ummah menerusi gerakan koperasi adalah satu usaha dalam
                 Pembangunan  Pulau  Pinang Visi 2030 serta gagasan untuk membangunkan umat Islam di Pulau
                 Pinang sebagai ‘khaira ummah’ iaitu sebaik-baik umat.

                 Beliau  amat  berbangga  dengan  pencapaian  Koperasi  MRSM  Kepala  Batas  Berhad  yang  berjaya
                 termasuk dalam ‘KELAB KOPERASI SEKOLAH JUTAWAN’, apabila mencatatkan perolehan melebihi
                 RM  1  juta.  Menerusi  inisiatif  ANGKASA,  terdapat  beberapa  buah  kiosk  koperasi  sekolah  di





                                                            14
   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22