Page 19 - BUKU MESYUARAT AGONG NEGERI PULAU PINANG 2021
P. 19
LAPORAN TAHUNAN
Mesyuarat Agung Negeri Pulau Pinang
1.3 Pesanan Pengerusi Persidangan
Sebelum persidangan bermula, Pengerusi Persidangan meminta
perwakilan memastikan perkara-perkara berikut:
i. Telah menerima naskah buku Laporan Tahunan 2018 Persidangan
Negeri Pulau Pinang berwarna biru dan hijau yang dihantar melalui
pos pada 9 April 2019
ii. Perwakilan telah menerima barang-barang berikut semasa membuat
pendaftaran:
a. Sebuah beg PN yang mengandungi tag nama;
b. Kad Wakil (Tag Nama);
c. Kupon Wang Saku;
d. Kupon Kad Undi;
e. Kupon Baju T- Shirt;
f. Borang Pertanyaan dan Pandangan PN Tahun 2019; dan
g. Etika Persidangan Negeri
iii. Kad wakil hendaklah sentiasa dipakai. Wakil yang tidak memakai kad
tidak dibenarkan bercakap atau mengundi. Kad itu juga akan
digunakan untuk mengundi secara angkat tangan sekiranya
diperlukan.
iv. Perwakilan juga diminta memberi kerjasama supaya menyebut nama
wakil dan koperasi yang diwakilinya untuk memudahkan tugas
pencatat minit apabila hendak mengemukakan soalan atau
pandangan dan ketika memberi cadangan atau menyokong sesuatu
perkara.
v. Semua perwakilan diingatkan supaya sentiasa mematuhi kehendak
Akta, Peraturan, Undang-Undang Kecil dan Perintah Tetap
ANGKASA serta mematuhi etika persidangan.
vi. Kad undi sulit untuk anggota JPAN akan diedarkan kemudian.
vii. Pengerusi Persidangan seterusnya memimpin semua perwakilan
melafazkan ikrar koperasi.
AGENDA 2 : MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT PERSIDANGAN NEGERI YANG
LALU (2018)
Tn. Hj. Zakaria Othman, Setiausaha JPAN membentang minit untuk pengesahan.
16

