Page 20 - BUKU MESYUARAT AGONG NEGERI PULAU PINANG 2021
P. 20

LAPORAN TAHUNAN

                                                                                                 Mesyuarat Agung Negeri Pulau Pinang



                                  Persidangan pada hari itu bersetuju untuk mengesahkan Minit Persidangan Negeri
                                  2018.

                                  Pencadang  :    En. Abd. Aziz Mohd. Salleh
                                                 Koperasi Permatang Tinggi Kepala Batas Bhd.

                                  Penyokong  :    En. Rosli Hasan
                                                 Koperasi EraJaya Seberang Perai Bhd.



                 AGENDA 3  :      UCAPAN PRESIDEN ANGKASA

                                  Presiden  ANGKASA  memulakan  ucapan  dengan  memberi  salam  dan
                                  mengucapkan terima kasih atas kehadiran YB Dato’ Ir. Hj Ahmad Zakiyuddin Abdul
                                  Rahman,  Timbalan  Ketua  Menteri  1  Pulau  Pinang,  Tn.  Hj.  Zakaria  Mat  Jusoh,
                                  Pengarah  SKM  Negeri  Pulau  Pinang,  Dato’  Hj.  Kamarudin  Ismail,  Timbalan
                                  Presiden ANGKASA, Tn. Hj. Mohd. Jamil Othman, Pengerusi ANGKASA Pulau
                                  Pinang,  En.  Hafifi  Abd.  Halim,  Penolong  Pengarah  Unit  Ko-Korikulum  Jabatan
                                  Pendidikan  Negeri  Pulau  Pinang,  Naib-Naib  Presiden  ANGKASA,  Tn.  Hj.
                                  Zaharudin Alias JAD ANGKASA, Anggota JPAN Pulau Pinang, Pengurusan Kanan
                                  ANGKASA,  para  perwakilan  dan  para  pemerhati  yang  sama-sama  hadir  untuk
                                  menjayakan persidangan perwakilan ANGKASA Pulau Pinang.

                                  Beliau  memohon  izin  menyampaikan  beberapa  perkara  khususnya  mengenai
                                  peranan dan juga hala tuju ANGKASA pada masa yang akan datang. Beliau juga
                                  mengucapkan syabas dan tahniah kepada Pengerusi JPAN kerana menganjurkan
                                  Persidangan Negeri tersebut.

                                  Beliau menekankan kepentingan kestabilan sesuatu organisasi termasuk koperasi
                                  serta  mencari  titik  persamaan  dalam  memperkasakan  pengurusan  dan  aktiviti
                                  yang  dijalankan  koperasi.  Ia  termasuk  kesepaduan  hubungan  antara  koperasi
                                  supaya gerakan tersebut dapat diperkasakan lagi melalui kerjasama erat antara
                                  koperasi.  Pemerkasaan  koperasi  membolehkan  masyarakat  mendapat  manfaat
                                  terutama dalam menangani kenaikan kos sara hidup.

                                  SKM, ANGKASA dan IKM perlu bersatu demi kelangsungan gerakan koperasi di
                                  Malaysia. Gerakan koperasi tidak terkecuali mempunyai cabaran yang tersendiri.
                                  Antaranya termasuklah peraturan yang kurang mesra koperasi dan pengumpulan
                                  modal bagi menjalankan aktiviti perniagaan berimpak tinggi.

                                  Kejayaan  koperasi  diukur  dalam  banyak  aspek.  Bagaimana  ia  memenuhi
                                  keperluan  anggota,  bagaimana  ia  membantu  dan  memberi  semula  kepada
                                  masyarakat  dan  membantu  meningkatkan  ekonomi  sesebuah  negara.  Ia  satu
                                  gerakan yang cukup sempurna yang tidak hilang ditelan zaman.

                                  Beliau  memaklumkan  bahawa  ANGKASA  telah  menyatakan  hasrat  meminda
                                  undang-undang  kecil  dengan  mencadangkan  pemilihan  diadakan  lima  tahun
                                  sekali.  Ia  bagi  menguatkan  lagi  kesepakatan  antara  Ahli  Lembaga  dalam
                                  menerajui strategi perniagaan gerakan koperasi.




                                                            17
   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25