Page 18 - BUKU MESYUARAT AGONG NEGERI PULAU PINANG 2021
P. 18
LAPORAN TAHUNAN
Mesyuarat Agung Negeri Pulau Pinang
Pulau Pinang dijalankan untuk meningkatkan lagi perolehan kepada koperasi sekolah di samping
menawarkan peluang pekerjaan kepada komuniti setempat.
Pihak International Cooperative Alliance (ICA) juga membuat penggambaran di MRSM Kepala Batas
ini bagi memberi pendedahan global terhadap model koperasi sekolah di Malaysia yang diterajui oleh
ANGKASA. Video yang akan ditayangkan di peringkat antarabangsa akan memberi mileage bukan
sahaja kepada gerakan koperasi negara tetapi juga dapat memperkenalkan Pulau Pinang di persada
dunia.
Beliau turut merakamkan ribuan terima kasih kepada ANGKASA Negeri Pulau Pinang yang telah
memberi kerjasama dan menjayakan Hari Kemerdekaan Peringkat Negeri Pulau Pinang pada tahun
2018. Kerjasama antara ANGKASA dan SKM telah mendapat pujian dan pengiktirafan oleh YAB
Perdana Menteri. Itu merupakan kerjasama strategik bersama Kerajaan Negeri yang boleh diteruskan
dari semasa ke semasa.
Komitmen ANGKASA Pulau Pinang yang menyediakan pasukan sukarelawan koperasi dalam
perarakan kemerdekaan mewakili Gerakan Koperasi Pulau Pinang cukup membanggakan dan
berharap ANGKASA Pulau Pinang akan turut menyertai sambutan Hari Kemerdekaan pada tahun
2019.
Akhir kata, beliau mendoakan agar persidangan akan berjalan dengan lancar dan dalam suasana
yang harmoni serta mematuhi etika mesyuarat sebagaimana yang digariskan dalam Undang-Undang
Kecil ANGKASA dan seterusnya beliau merasmikan Persidangan ANGKASA Negeri Pulau Pinang
Tahun 2019.
AGENDA:
AGENDA 1 : MELANTIK PENGERUSI PERSIDANGAN [UUK 55(6)] DAN PENCATAT MINIT
[PT 9(b)]
Tn. Hj. Zubair Mohd. Ghouse, wakil JPAN Pulau Pinang mencadangkan Tn. Hj.
Mohd. Jamil Othman sebagai Pengerusi Persidangan.
En. Abd. Aziz Mohd. Salleh wakil Koperasi Permatang Tinggi Kepala Batas Bhd.
menyokong cadangan tersebut. Mesyuarat bersetuju sebulat suara.
1.1 Melantik Pencatat Minit [Perintah Tetap 9 (B)]
Pengerusi melantik Tn. Hj. Zakaria Othman, Setiausaha JPAN Pulau Pinang
sebagai Pencatat Minit. Cadangan diterima sebulat suara tanpa bantahan.
1.2 Pengumuman Jumlah Perwakilan 2019
Pengerusi memaklumkan jumlah perwakilan yang hadir sehingga jam 10.30
pagi ialah seramai 314 orang terdiri dari 297 buah koperasi termasuk
12 orang anggota JPAN Pulau Pinang dan 17 pemerhati.
15

