Page 9 - Buletin JSKM 2020
P. 9

7





               ╭─────────────────»»❀❀❀««─────────────────╮


                                                   “        ;                                                  (  )”                         ’         
                                                                    ,         ,                                         
                                                      :                                            

                              Pada  23  dan  24  September  2020,  program  Kerjasama  “STEM;  LETS  LEARN
               INTERACTIVELY (2)” telah dilaksanakan di antara JSKM dengan PPKI SMK Dato’ Haji Hassan
               Noh. Ini merupakan salah satu program tahunan STEM yang dijalankan oleh para pensyarah JSKM.
               Tujuan utama program ini dirancang adalah untuk mendedahkan para pelajar sekolah untuk belajar
               dengan  cara  yang  lebih  menarik  dan  memenuhi  keperluan  stem.  Program  “STEM;  LETS  LEARN
               INTERACTIVELY (2)” ini dirancang untuk para pelajar sekolah pendidikan khas. Objektif program
               ini  adalah  untuk  memberi  pendedahan  pelajar  tersebut  dalam subjek  Matematik  dan  Sains  melalui
               teknologi komputer. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk memperkasakan murid berkomunikasi
               dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris melalui arahan yang diberi. Seramai 49 orang pelajar telah
               menyertai program  ini.  Perlaksanaan  program pada kali  ini  dirancang  dengan mengikut  SOP  yang
               ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara. Pelajar dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu 25 dan 24
               orang  pelajar  yang  masing-masing  mengambil  bahagian  pada  23  dan  24  September  2020.  Pelajar-
               tersebut telah dipecahkan kepada 12 kumpulan untuk memastikan penjarakan sosial antara pelajar,
               fasilitaor dan guru. Seramai 18 orang pensyarah yang terlibat dalam program ini. Semua pensyarah,
               guru dan pelajar yang terlibat diwajibkan untuk memakai topeng muka. Sebanyak tiga aktiviti utama
               dirancang untuk program ini. Ketiga-tiga aktiviti ini merupakan aktiviti yang membolehkan para pelajar
               belajar Matematik, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan cara menarik. Nama-nama bagi aktiviti
               ini adalah Inces, Keting-ting dan Who Am I? Ketiga-tiga aktiviti tersebut merupakan hasil produk IID
               yang  digunakan  untuk  tujuan  pembelajaran.  Dengan  adanya  program  sebegini,  diharapkan  dapat
               menambahkan ilmu kepada murid-murid PPKI di SMK Dato’ Haji Hassan Noh berkaitan teknologi.
               Murid-murid juga dapat mengukuhkan perkembangan sosial dengan masyarakat di luar sekolah dengan
               mengamalkan norma baharu. Selain itu, para pensyarah juga dapat memperkembangkan kepakaran
               mereka dalam membagunkan cara pembelajaran yang baru dan menarik bagi memenuhi STEM.






























               ─────────────────»»❀❀❀««──────────────────
   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14