Page 11 - Buletin JSKM 2020
P. 11

9





               ╭─────────────────»»❀❀❀««─────────────────╮


                                                                                                                                  
                                                       :                                   

                       Pada 11 September 2020, Unit Latihan dan Kepimpinan Staf, Jabatan Sains Komputer dan
               Matematik (JSKM), UiTM Cawangan Pulau Pinang telah menganjurkan Bengkel Pemurnian Artikel
               ke Peringkat Jurnal Berindeks bertempat di Bilik Perdana 1, Tingkat 2, Kompleks Perdana, UiTM
               Cawangan  Pulau  Pinang. Bengkel  ini  bertujuan  untuk:membimbing  peserta  yang  telah  mempunyai
               artikel yang berpotensi untuk diterbitkan dalam terbitan jurnal berindeks. Selain itu, bengkel ini juga
               diharap mencapai KPI Perancangan Strategik JSKM UiTMCPP iaitu penghasilan 13 kertas kerja dalam
               jurnal berindeks. Satu panel khas JSKM telah dibentuk untuk meneliti artikel-artikel yang telah dihantar
               ke penerbitan khas Teaching & Learning in Higher Education (TLHE 2020) dan terbitan khas di bawah
               SIG  CS@e-Learning.  Sembilan  kertas  kerja  berpotensi  untuk  diterbitkan  dalam  terbitan  jurnal
               berindeks yang terdiri daripada 20 penulis telah dikenalpasti untuk menyertai bengkel ini. Bengkel ini
               dibahagikan kepada tiga sesi. Sesi Pertama memuatkan tiga ceramah yang dimulai oleh Prof. Madya
               Ts.  Dr.  Ahmad  Zia  Ul-Saufie  bin  Mohamad  Japeri  bertajuk  Road  to  Indexed  Journal.  Ceramah
               diteruskan  dengan  pendedahan  dua  aplikasi  untuk  membantu  proses  paraphrasing  dan  semakan
               tatabahasa dalam penulisan artikel iaitu Grammarly dan QuillBot oleh Puan Zuraira binti Libasin dan
               Puan Wan Nur Shaziayani binti Wan Mohd Rosly. Sesi kedua dan ketiga bengkel terdiri perbincangan
               para penulis artikel secara berkumpulan melalui bimbingan fasilitator bengkel iaitu Ts. Encik Jamal bin
               Othman dan Puan Rozita binti Kadar bersama-sama dengan Prof. Madya Ts. Dr. Ahmad Zia Ul-Saufie
               bin Mohamad Japeri. Dalam sesi ini, para fasilitator bengkel duduk bersama-sama para penulis dalam
               kumpulan  masing-masing  untuk  memberi  penerangan  dan  komen  penambahbaikan  terhadap  setiap
               artikel mereka supaya artikel tersebut dapat diterbitkan dalam terbitan jurnal berindeks. Bengkel ini
               berjaya dilaksanakan atas kerjasama AJK dan semua staf JSKM. Bengkel ini mendapat maklumbalas
               positif daripada para peserta dan mereka mencadangkan agar bengkel seperti ini dapat dilaksanakan
               pada  masa  hadapan  dengan  memberi  bimbingan  kepada  penulisan  artikel  dalam  terbitan  jurnal
               berindeks (scopus).
































               ─────────────────»»❀❀❀««──────────────────
   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16