Page 10 - Buletin JSKM 2020
P. 10
8
╭─────────────────»»❀❀❀««─────────────────╮
:
Pada 25 September 2020, Unit Latihan dan Kepimpinan Staf, Jabatan Sains Komputer dan
Matematik (JSKM), UiTM Cawangan Pulau Pinang telah menganjurkan Bengkel Developing and
Validating Questionnaire bertempat di Bilik Perdana 1, Tingkat 2, Kompleks Perdana, UiTM
Cawangan Pulau Pinang. Ceramah disampaikan oleh Encik Dahlan Abdullah, Ketua Program Ijazah
dari Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan, UiTM Cawangan Pulau Pinang. Seramai 28 orang
peserta yang terdiri dari pensyarah Matematik, Statistik dan Sains Komputer terlibat dalam bengkel ini.
Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk meningkatkan kefahaman dan kemahiran staf JSKM dalam
menghasilkan soalan kaji selidik yang berkualiti untuk dijadikan data yang kukuh sebagai asas dalam
penerbitan kertas kerja jurnal berindeks. Sepanjang sesi bengkel berlangsung, para peserta didedahkan
dengan teknik dan kaedah yang sesuai digunakan untuk menyediakan soalan kajiselidik. Peserta
diperkenalkan dengan kaedah “adopting” dan “adapting” dimana soalan kaji selidik boleh
menggunakan mana-mana kaedah yang dikongsikan oleh penceramah ini. Sepanjang dua jam bengkel
ini berlangsung, banyak input-input berguna yang dipelajari oleh peserta. Bengkel ini berjaya
dilaksanakan dengan kerjasama AJK dan semua staf JSKM. Bengkel ini mendapat maklumbalas positif
daripada para peserta dan mereka mencadangkan agar bengkel seperti ini dapat dilaksanakan lagi pada
masa hadapan kerana ianya amat berguna dan mendatangkan banyak manfaat kepada semua.
─────────────────»»❀❀❀««──────────────────

