Page 12 - Buletin JSKM 2020
P. 12
10
╭─────────────────»»❀❀❀««─────────────────╮
– ( ) .
( )
: ℜ
Pada 30 Jun 2020, aktiviti penerbitan di bawah Unit Penerbitan JSKM iaitu Teaching and
Learning in Higher Education (TLHE) Vol.1 (2020) berindeks ISBN: 978-967-0841-86-1 telah
berjaya ditebitkan hasil sumbangan artikel dari staf JSKM. Panggilan artikel ini bermula seawal bulan
Januari 2020 dan rancangan awal penerbitannya pada akhir bulan Mac 2020. Kekangan dihadapi dengan
wabak Covid-19 sehingga penerbitan ini terpaksa di tangguhkan dan berjaya diterbitkan pada akhir Jun
2020. Sokongan dari staf JSKM yang tidak berbelah bahagi telah berjaya mengumpul sebanyak 25
artikel untuk diterbitkan. Objektif utama penerbitan ini adalah untk menggalakan staf JSKM dalam
aktiviti penulisan. Hasil dari aktiviti anjuran Unit Penerbitan JSKM ini, staf JSKM dapat menyerlahkan
potensi diri dalam aktiviti penulisan dan menerbitan artikel berilmiah. Aktivti ini sebagai titik mula
staff JSKM kearah penulisan dan penerbitan ke peringkat yang lebih tinggi iaitu terbitan jurnal
berindeks dan dapat mencapai KPI Perancangan Strategik dalam penghasilan kertas kerja dalam jurnal
berindeks. Tema penerbitan ini adalah artikel berbentuk panduan dan tips dalam pengajaran dan
pembelajaran. Fokus utama penerbitan ini adalah kepada pelajar-pelajar universiti. Pelajar memperoleh
banyak manfaat daripada penerbitan ini. Artikel-artikel di dalam penerbitan ini membolehkan pelajar
meletakkan perkembangan maklumat dan kemahiran baru ke dalam konteks yang lebih besar. Dengan
menggunakan contoh-contoh yang realistic, artikel-artikel ini membantu pelajar mengenal pasti teknik-
teknik yang ingin mereka aplikasikan untuk meningkatkan pembelajaran mereka. Penerbitan ini juga
adalah panduan untuk pensyarah dalam memberi tumpuan untuk membina kemahiran mendidik serta
mencadangkan strategi yang berkesan dalam pengajaran. Untuk menangani perubahan sifat pengajaran
dan pembelajaran, pensyarah memerlukan asas teori dan pengetahuan yang akan memberikan asas yang
kukuh untuk pengajaran mereka, tidak kira apa perubahan atau tekanan yang mereka hadapi. Penting
untuk pensyarah mengaplikasikan kemahiran pengajaran yang berdasarkan penyelidikan dari bidang
pengajaran, pembelajaran dan disiplin lain yang berkaitan. Dengan itu, penerbitan ini memberi
penekanan yang jelas pada kemahiran mengajar dan memastikan bahawa kemahiran tersebut
berdasarkan kajian semasa. Satu kerangka panduan disarankan di dalam penerbitan ini supaya
pensyarah dapat memahami bahawa setiap mata pelajaran adalah berbeza, dan setiap pendidik
mempunyai sesuatu yang unik dan istimewa untuk dibawa ke pengajaran mereka. Penerbitan ini berjaya
dilaksanakan atas kerjasama AJK Penerbitan dan semua staf JSKM. Penerbitan ini mendapat
maklumbalas positif daripada staf JSKM dan mencadangkan agar penerbitan seperti ini dapat
dilaksanakan pada masa hadapan. Penerbitan ini boleh dicapai di link
http://appspenang.uitm.edu.my/buletin%20jskm/2020-1/
─────────────────»»❀❀❀««──────────────────

