Page 124 - Buletin JSKM 2021
P. 124
123
MENGIMBANGI BEKERJA DARI RUMAH (BDR) DAN KESIHATAN MENTAL
SEMASA PANDEMIK COVID-19
Naemah Abdul Wahab
Pandemik COVID-19 telah memberi kesan yang sangat besar kepada sistem
pendidikan, ekonomi, sosial, kesihatan serta politik di Negara Malaysia dan di seluruh dunia.
Saban hari sejak kebelakangan ini, kita dapat melihat berita-berita membabitkan insan-insan
yang tidak dapat menangani tekanan emosi, bebanan kewangan, kehilangan pekerjaan,
kematian keluarga tersayang dan pelbagai cabaran hidup dipaparkan dalam akhbar tempatan
mahupun melalui perkongsian di media sosial. Tidak dapat dinafikan, pelaksaan Perintah
Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan secara berfasa serta norma baharu wabak
COVID-19 yang telah berlarutan melebihi satu tahun turut memberi impak yang sangat besar
kepada kesihatan mental manusia.
Justeru, penulis mengambil kesempatan ini untuk menasihati diri sendiri dan berkongsi
beberapa tips kepada rakan-rakan yang terpaksa bekerja dari rumah (BDR) agar kita cuba
mengimbangi pekerjaan dan tahap kesihatan mental yang sejahtera sepanjang tempoh PKP
selagi pandemik COVID-19 belum reda. Kesemua maklumat yang dinukilkan oleh penulis
telah disimpulkan hasil daripada pembacaan beberapa kertas kajian dan maklumat yang
terdapat di laman-laman sesawang di Internet.
Bekerja Dari Rumah (BDR): Tips Mengurangkan Stres
Tetapkan rutin dan buat rangka kerja bagi setiap hari bekerja samada secara
harian atau mingguan: Adakan sempadan di antara waktu kerja dan waktu rehat
bersama keluarga adalah kunci untuk kesejahteraan mental semasa bekerja di
rumah. Anda boleh menjadi lebih fleksibel ketika bekerja dari rumah tetapi tidak
dapat dinafikan ianya sukar jika ada gangguan lain yang perlu ditangani, seperti
anak-anak di rumah, yang mungkin menganggap anda sedang bercuti dan ingin
menghabiskan masa dengan anda. Adakan perbincangan dengan mereka bahawa
anda masih bekerja walaupun di rumah dan memerlukan masa yang tenang untuk
menyelesaikan tugasan yang diberi.
Wujudkan satu ruang kerja di dalam rumah anda sekiranya mampu: Sekiranya
boleh, cari ruang yang tenang daripada gangguan keluarga atau TV semasa
bekerja. Walaupun ianya ruang kecil atau dikongsi bersama ahli keluarga, cuba
tentukan kawasan untuk bekerja. Sediakan semua peralatan yang anda perlukan
di situ seperti pengecas, pen, kertas dan gajet yang bersesuaian dengan pekerjaan

