Page 29 - Buletin JSKM 2021
P. 29

28





                ╭─────────────────»»❀❀❀««─────────────────╮
                 Fundamental Engineering Seminar (FES) @ e-Bridging Program “Essential of Mathematics”
                                                Siti Nurleena Abu Mansor


                       Pada  7  sehingga  10  April  2021,  telah  berlangsung  satu  program  kerjasama  antara
                Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM) dan Jabatan Sains Komputer dan Matematik (JSKM)
                yang  bertajuk  Fundamental  Engineering  Seminar  (FES)  @  e-Bridging  Program
                “Essential of Mathematics”. Ini merupakan program tahunan FKM yang dijalankan dengan
                kerjasama pensyarah JSKM. Tujuan utama program ini adalah mempersiapkan pelajar-pelajar
                Ijazah dengan kemahiran asas Calculus yang mereka pelajari dari peringkat Diploma. Program
                selama empat hari bersama JSKM ini mengandungi pengisian secara online disediakan untuk
                disertai oleh pelajar. Menggunakan Google Classroom sebagai platform program, sebanyak
                empat  modul  disediakan  iaitu  Module  1:  Maths  Error,  Module  2:  Exploring  Calculator,
                Module 3: GeoGebra, dan Module 4: Matrix and Vector. Seramai 18 orang pelajar FKM telah
                menyertai  program  ini,  dimana  mereka  dibahagikan  kepada  empat  kumpulan.  Pensyarah-
                pensyarah yang terlibat adalah pensyarah yang mengajar kursus MAT455 (Further Calculus
                for Engineer) iaitu Dr Nor Hanim Abd Rahman, Siti Nurleena Abu Mansor, Siti Mariam Saad,
                Rafizah  Kechil,  Siti  Asmah  Mohamed,  Ahmad  Rashidi  Azudin,  Norshuhada  Samsudin,
                Fuziatul Norsyiha Ahmad Shukri, dan Fadzilawani Astifar Alias.
                       Pada 10 April telah diadakan sesi LDK secara atas talian dengan menggunakan Google
                Meet bersama semua kumulan pelajar bagi membincangkan soalan tugasan yang telah diberi
                pada  setiap  akhir  modul  yang  disediakan.  Pelajar  harus  membentangkan  jawapan  mereka
                dihadapan rakan-rakan yang lain sambil dinilai oleh pensyarah yang terlibat. Semua pelajar
                memberi kerjasama yang baik dan sangat bersemangat. Pelajar dilihat dapat memahami modul-
                modul yang disediakan dengan baik. Dengan adanya program sebegini diharapkan pelajar-
                pelajar  dapat  mengukuhkan  asas  kemahiran  Calculus  mereka  dan  lebih  bersedia  untuk
                berhadapan dengan kursus matematik lain diperingkat lebih tinggi. Penggunaan modul tersebut
                juga wajar diketengahkan kepada pelajar dari fakulti-fakulti lain di masa hadapan.

































                ─────────────────»»❀❀❀««──────────────────
   24   25   26   27   28   29   30   31   32   33   34