Page 23 - CONTOH PENULISAN KSSR BM 4 国文书写100篇4
P. 23

Menulis Karangan: Autobiograf 
                 MODEL
                  56                    Aku Sebuah Basikal




                Tulis sebuah karangan yang bertajuk “Aku Sebuah Basikal”. Tulis karangan kamu itu selengkapnya.

                 i-THINK
                 i-THINK

                           国文书写100篇4, 版权所有·侵权必究




                  Mendoza – daripada – campuran   dibalut – dibawa – kedai basikal   masih lagi – di ruang pameran
                   logam – roda – getah          diletakkan di bahagian hadapan  dijual dengan harga runtuh


                                                                                Kamus Mini
                                                                                Kamus Mini
                                                                            tercipta 被创造      logam 金属
                                                                            disolek 被打扮、装饰  model 款式
                                                                            promosi 促销

                     dibawa bersiar-siar          dimandikan dan dilap
                     mementingkan keselamatan     terus berkhidmat



                   Namaku Mendoza. Aku sebuah basikal. Aku tercipta daripada hasil campuran logam. Aku
                   mempunyai roda yang diperbuat daripada getah. Aku mempunyai tempat duduk, rantai dan
                   pengayuh yang mengawal pergerakanku.
                       Tubuhku yang telah disolek dibalut dengan plastik. Dari kilang, aku dibawa ke utara tanah
                   air. Akhirnya, lori yang membawaku berhenti di sebuah bangunan kedai. Aku ditinggalkan
                   di sebuah kedai basikal yang terkenal di situ.
                       Memandangkan aku  model terbaharu, aku diletakkan di bahagian hadapan sekali.
                   Aku berasa megah kerana setiap orang yang lalu-lalang di kedai tersebut akan memuji
                   kecantikanku. Ada juga yang membelek-belekku dengan berhati-hati.
                       Walaupun aku cantik dan menarik, aku masih lagi berada di ruang  pameran kedai.
                   Mungkin kerana hargaku yang agak tinggi menyebabkan pelanggan tidak membeliku. Pada
                   suatu hari, pemilik kedai mengadakan jualan murah dan  promosi. Orang ramai datang
                   berkunjung ke kedai tersebut. Aku pun dijual dengan harga runtuh.
                       Akhirnya, aku dimiliki oleh Encik Faris. Sebaik sahaja aku sampai di rumahnya, aku terus
                   dibawa bersiar-siar. Tuanku sangat mementingkan keselamatan. Dia memakai topi keledar,
                   pelindung siku dan lutut semasa menunggangku. Aku dapat melihat pemandangan pada
                   hari tersebut.
                       Aku berasa sangat bahagia. Aku ditunggang dengan cermat oleh tuanku. Aku dimandikan
                   dan dilap jika kelihatan kotor. Aku berjanji akan terus berkhidmat kepada tuanku yang baik hati ini.



                                                             57
   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28