Page 75 - PAPAN SUIS UTAMA VOLTAN RENDAH
P. 75
PANDUAN SENGGARAAN BERJADUAL PEMUTUS LITAR UDARA (ACB)
Pemeriksaan am pada pencawang dan Bilik Suis mestilah di buat terutama kepada kebersihan, 75
pengalihan udara dan perkara-perkara lain yang berkaitan.
Perkara-perkara luar biasa seperti kebocoran minyak compound atau sebarang bau yang disebabkan
lampau panas, kebisingan yang dikeluarkan oleh bolt & nut yang longgar atau sebarang pengkaratan
hendaklah diperbaiki.
Kekerapan senggara ACB adalah bergantung kepada jenis litar yang dikawalnya, keadaan kawasan
sekeliling dan kekerapan memutus. Pemeriksaan dan rombak-rawat, pengantian alat hendaklah
dilakukan seperti yang disenaraikan oleh pihak pembuat. Bukan semua bahagian boleh di buka / ganti.
Perancangan senggaraan (Jadual 1 & Jadual 2)
JADUAL 1
TEMPOH
OPERASI
SENGGARAAN PEMASANGAN KAWASAN PEMASANGAN KAWASAN
BIASA BERABUK ATAU TERCEMAR
Pemeriksaan am lihat
jadual 2 1 tahun 6 bulan
Pemeriksaan bhg Luar 1 tahun 6 bulan
dan dalam litar kuasa
Pemeriksaan Ruang
Arka lihat jadual 2 Setiap kali trip , selepas berlaku litar pintas
Minyakkan bhg
Gelincir Lihat rajah 1 1 tahun 6 bulan
Sesudah melakukan Prosuder Henti-Tugas, maka kerja-kerja mengeluarkan / Rack-Out ACB bolehlah
dilakukan.
Sedia maklum, ACB yang boleh ditarik keluar walaupun dari jenama berlainan, mempunyai satu
persamaan iaitu kendalian mekanisma boleh di tarik keluar untuk tujuan pemeriksaan dan senggaraan
iaitu pada kedudukan Connector (Bersambung), Ujian (Test Isolated), Mengasing (Disconnector).
Dari segi arah putaran pula samada semasa hendak mengeluar / Rack-Out atau memasuk / Rack-In
ACB adalah sama sahaja bagi ACB jenis boleh ditarik keluar iaitu putara lawan jam (rack-out) dan
putaran arah jam (rack-in).

