Page 86 - PAPAN SUIS UTAMA VOLTAN RENDAH
P. 86

Selain daripada itu, senggaraan Perumah ACB perlulah dilakukan. Periksa bahagian-bahagian yang
             bergerak (landasan ACB) bersih dari habuk menggunakan blower / vacum dan dari kekotoran minyak.
                                                                                                        86
             Sapukan neutral gris / vaselin mana tempat yang perlu dan bersih menggunakan kain bersih. Periksa
             bolt dan nat mana yang longgar dan ketatkan. Periksa shutter dalam keadaan baik iaitu boleh terbuka
             dan terkatup dan sesentuh tambahan dalam keadaan baik sambungannya.


             Sesudah selesai kesemua kerja-kerja senggara, maka barulah anda boleh melakukan Prosuder Mula-
             Tugas. Sila rujuk semula manual prosuder mula-tugas yang telah diberi.



             MAKLUMAT TAMBAHAN

             Senggaraan Pada Masa Tertentu.


             Senggaran pada masa tertentu ialah kerja-kerja pemeriksaan dan senggaraan yang sistematik ke atas
             pepasangan bagi mengelakkan kerosakan.



             Senggaraan Pencegah.

             Senggaraan pencegah adalah pemeriksaan dan senggaraan bagi menentukan tanda-tanda yang akan
             menimbulkan kerosakan kelak. Ia boleh dikesan dengan menjalankan ujian-ujian tertentu keatas
             pepasangan berkenaan.



             Keadaan yang boleh menyebabkan Pemutus Litar Udara (ACB) terpelantik.

             •  Arus tinggi (High Current)
             •  Litar Pintas (Short Circuit)
             •  Voltan Rendah (Under Voltage)
             •  Beban Tidak Seimbang (Unbalance Load)
             •  Arus Balikan (Reverse Current)
   81   82   83   84   85   86   87   88   89   90   91