Page 87 - PAPAN SUIS UTAMA VOLTAN RENDAH
P. 87
RINGKASAN PROSUDER SENGGARAAN PAPAN SUIS UTAMA
Kerja-kerja sebelum memulakan senggaraan.
1. Tentukan jenis senggaraan yang hendak dilakukan. 87
seperti senggaraan ACB, Kapasitor Bank, Busbar Coupler dan sebagainya.
2. Kenal pasti senggaraan dan jenisnya. Seperti senggaraan Pemutus Litar Udara (ACB). Kebiasaannya
senggaraan ACB dibuat jadual. Bergantung kepada keadaan tempat.
3. Dapatkan permit kerja dari pihak pengurusan (PTW).
4. Keluarkan MEMO / NOTIS maklumkan kepada pihak pengurusan / pengguna.
a. Tarikh dan masa senggaraan.
b. Tempat dan masa yang diambil.
Untuk memulakan senggaraanACB.
5. kenal pasti bahan-bahan, perkakas-perkakas dan lain-lain keperluan untuk penyelenggaraan Pemutus
Litar Udara (ACB) dibawa.
6. Sebelum masuk bilik papan suis, buka pintu dan biarkan dalam beberapa saat untuk meneutralkan
pengudaraan didalamnya.
7. Apabila memasuki bilik papan suis, pastikan jenis sistem kawalan pemadam api. Jika ajenis kawalan
Automatik hendaklah dimanualkan / di OFF kan terlebih dahulu.
8. Tentukan tersedia peralatan keselamatan seperti berikut.
a. Alat pemadam api e. Danger Board.
b. Tikar Getah. f. Skematik diagram
c. Carta Pertolongan Cemas g. Kotak pertolongan cemas.
d. Buku catitan (Buku Log)
9. Sebelum ACB di off kan maklumkan kembali secara lisan kepada pihak pengurusan.
10. Rekodkan Bacaan – Ammeter, Voltmeter, Power Factor meter.
ini sebagai panduan untuk perbandingan selepas kerja senggaraan dibuat.
11. Matikan Out feeder (MCCB) terlebih dahulu untuk mengelakkan percikan arka yang kuat pada
ACB.
12. Memutuskan bekalan (OFF) ACB – tekan butang merah – isyarat ’O’ pada ACB. Keluarkan (hanya
orang yang memegang perakuan kekompetenan Penjaga Jentera Elektrik sahaja yang boleh
memutuskan bekalan di ACB). Selain orang kompeten hendaklah berada 3 meter dari papan suis
tersebut.
13. Pastikan bekalan betul-betul dimatikan dengan melarakan Volt Meter, Amp selector dan perhatikan
indicator lamp.
14. Kerja-kerja Rack Out / In pemutus litar boleh dilakukan. Buka pintu perumah ACB terlebih dahulu.
Mengeluarkan ACB (rack-out)
a. Tukarkan kedudukan ”Connected” kepada ’Test Isolated’ masukkan pemutar dan tekan lever
’PBO’ kebawah dan pusing pemutar arah lawan jam hingga bunyi ’klik’.
b. Tukarkan kedudukan ’Test Isolated’ kepada ’Disconnected’ masukkan pemutar dan tekan lever
‘PBO’ dan pusing arah lawan jam hingga bunyi ‘klik’.
c. Tarik pemutus litar dan keluarkan perlahan-lahan hingga tersangkut.
d. Pemutus litar hendaklah diangkat sedikit untuk melepasi cangkuk (lock) sebelum diangkat
keluar.
e. Letakkan pemutus litar di tempat yang khas untuk diselenggara.

