Page 89 - PAPAN SUIS UTAMA VOLTAN RENDAH
P. 89
Setelah selesai senggaraan ACB dilakukan
89
18. Lakukan ujian IR Test sekali lagi untuk memastikan senggaraan ACB betul-betul dalam keadaan
baiksekiranya bacaan selepas ujian tidak memuakan, ACB perlu diselenggara sekali lagi.
19. Selepas selesai semua senggaraan pastikan tiada peralatan yang tertinggal dalam ACB.
20. Tanggalkan papan tanda amaran di pintu perumah ACB dan buka pintu perumah ACB.
21. Keluarkan papan tanda bahaya yang dikunci bersama shuttlenya tadi dan pastikan ia dapat bebas
bergerak dan griskan landasannya. Periksa perumah (housing) ACB.
22. Masukkan ACB (rack in)
a. Masukkan pemutus litar ke housing ACB dan tolak pemutus litar perlahan-lahan sehingga ianya
rapat.
b. Tukarkan kedudukkan ’Disconnected’ kepada ’Test Isolated’. Masukkan pemutar dan tekan
lever ‘PBO’ kebawah, pusing pemutar mengikut arah jam perlahan-lahan sehingga bunyi ‘klik’.
c. Tukarkan kedudukkan ‘Test Isolated’ kepada ‘Connected’. Masukkan pemutar dan tekan level
‘PBO’ kebawah, pusingkan pemutar mengikut arah jam perlahan-lahan sehingga bunyi ‘klik’.
23. Tutup pintu perumah ACB kemudian buat cas pada ACB dengan menggunakan palang pengecas.
24. Sebelum ACB hendak di ON kan beritahu pihak pengurusan secara lisan bagi mengelakkan
sebarang kemalangan.
25. Semasa ACB hendak di ON kan pastikan tiada rakan sekerja berdekatan. Sekiranya ada, pastikan
jaraknya 3 meter daripada papan suis.
26. Pastikan bekalan elektrik tersambung. Ambil bacaan pada meter seperti yang diambil sebelum
kerja-kerja penyelenggaraan dilakukan.
27. kemaskan peralatan dan perkakas, simpan ditempat asal.
28. Sebelum meninggalkan bilik papan suis, sistem kawalan pemadam api (jika ada) di di manualkan /
OFFkan, di Auto kan semula.
29. Batalkan permit kerja (PTW).

