Page 40 - 17 Buku Panduan Guru Pendidikan Islam KSPK - 28 OGOS 2018
P. 40

UNIT 4

                                         PUSAT PEMBELAJARAN




                4.1 Pengenalan



                Pusat  pembelajaran  merupakan  satu  ruang  fizikal  yang  diwujudkan  di  kelas

                prasekolah bagi memberi peluang kepada murid meneroka dan berinteraksi dengan
                bahan  dan  peralatan  yang  disediakan.  Dengan  ini,  murid  dapat  belajar  dan

                memperoleh pengetahuan berdasarkan minat mereka. Terdapat beberapa pusat
                yang boleh diwujudkan di kelas prasekolah termasuk pusat yang berkaitan dengan

                Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral.


                4.2 Susun Atur Pusat Pembelajaran



                Pusat  pembelajaran  yang  disediakan  hendaklah  bermaklumat  dan  berkaitan
                dengan isi pelajaran agar dapat merangsang pembelajaran murid. Selain itu, pusat

                pembelajaran juga perlulah dalam keadaan bersih, kemas, kondusif dan menarik

                minat murid untuk melaksanakan aktiviti pembelajaran.

                Penyediaan pusat pembelajaran perlu mengambil kira perkara seperti berikut:
                 (i)  Saiz kelas prasekolah

                 (ii)  Kesesuaian bahan dan peralatan pembelajaran

                 (iii)  Tahap perkembangan murid
                 (iv)  Keselamatan

                 (v)  Kemudahan mengakses bahan sumber

                 GPI perlu berbincang dan bekerjasama dengan guru prasekolah dan PPM untuk

                 menyediakan  pusat  pembelajaran  Pendidikan  Islam  bagi  memastikan  pusat
                 tersebut  sesuai  dengan  komponen  Pendidikan  Islam  dan  tidak  mempamerkan

                 bahan atau peralatan yang sama dengan pusat pembelajaran lain. Kebijaksanaan
                 GPI dalam menyediakan pusat pembelajaran boleh memberi impak penggunaan

                 yang maksimum dalam kalangan murid.




                                                           39
   35   36   37   38   39   40   41   42   43   44   45