Page 43 - Buku Garis Panduan Pengurusan Prasekolah
P. 43

31



                                                                       GARIS PANDUAN
                                                                   PENGURUSAN PRASEKOLAH


                  13.3 Hebahan Kemasukan
                        a. Bahagian/JPN/PPD  menyebarluaskan  surat  makluman  permohonan
                            kemasukan  murid  prasekolah  kepada  semua  sekolah/institusi  di  bawah
                             tanggungjawab masing-masing.
                        b. Pihak sekolah/institusi perlu membuat  promosi permohonan kemasukan murid
                           kepada       ibu      bapa/penjaga         sama       ada      melalui      surat
                           edaran/brosur/pamplet/kain rentang dan kaedah-kaedah yang difikirkan
                           sesuai.
                        c. Butiran  yang  dipaparkan  perlu  mempunyai  maklumat  yang  jelas  tentang
                             permohonan kemasukan.
                        d. Brosur/risalah/kain rentang hendaklah diletakkan di tempat yang difikirkan
                           sesuai dan strategik.


                  13.4 Kaedah Permohonan Kemasukan
                        a. Kaedah permohonan kemasukan ke kelas prasekolah KPM melalui dua cara
                           iaitu:

                           i. Dalam talian (online)
                               - Tempoh permohonan secara dalam talian bermula 1 Mac hingga 30
                                 April tahun sebelumnya.
                               - Permohonan       ini   boleh     dibuat    melalui    laman     sesawang
                                 https://eprasekolah.moe.gov.my/
                               - Ibu  bapa/penjaga  yang  telah  mengemukakan  permohonan  secara
                                 dalam talian hendaklah mencetak borang permohonan tersebut. Borang
                                 ini perlu dihantar ke sekolah yang dimohon berserta dokumen-dokumen
                                 berkaitan. Borang dan dokumen tersebut perlu dikemukakan kepada
                                 pihak sekolah/institusi selewat-lewatnya pada 31 Mei.
                               - Manual  pengguna  boleh  dimuat  turun  daripada  laman  sesawang
                                   sebagai panduan.


                           ii. Manual
                               - Tempoh permohonan secara manual bermula 1 Mac hingga 31 Mei
                                 tahun sebelumnya.
                               - Ibu bapa/penjaga boleh mengambil borang permohonan di sekolah
                                 yang ingin dimohon.
                               - Pihak sekolah/institusi mesti mencetak borang permohonan kemasukan
                                 dari laman sesawang Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan (SMPK).
                               - Borang  permohonan  yang  lengkap  diisi  berserta  dokumen-dokumen
                                 berkaitan hendaklah dihantar ke sekolah yang dimohon.


                           Nota : Pihak  sekolah/institusi  perlu  memastikan  borang  permohonan  disemak  dan
                             mengembalikan borang yang tidak lengkap kepada pemohon untuk dilengkapkan.


                  13.5 Jawatankuasa Pemilihan Murid Prasekolah
                        a. Jawatankuasa Pemilihan Murid Prasekolah bertanggungjawab dalam membuat
                           keputusan   pemilihan   kemasukan   murid   ke kelas prasekolah KPM.
                        b. Jawatankuasa ini perlu mengadakan mesyuarat pemilihan walaupun bilangan
   38   39   40   41   42   43   44   45   46   47   48