Page 44 - Buku Garis Panduan Pengurusan Prasekolah
P. 44

32



                                            GARIS PANDUAN
                                            PENGURUSAN PRASEKOLAH


                           permohonan yang diterima kurang berbanding dengan kapasiti tempat yang
                           ditawarkan.
                        c. Keputusan jawatankuasa ini adalah muktamad.
                        d. Ahli jawatankuasa pemilihan murid prasekolah terdiri daripada:


                           - Pengarah/Pengetua/Guru Besar                -  Pengerusi
                           - GPK Pentadbiran                             -  Naib Pengerusi
                           - GPK Hal Ehwal Murid                         -  Setiausaha
                           - Seorang Guru Prasekolah                     -  Penolong Setiausaha
                           - GPK Kokurikulum                             -  Ahli Jawatankuasa
                           - GPK Pendidikan Khas/penyelaras*             - Ahli Jawatankuasa
                           - Guru Prasekolah (jika melebihi 1 kelas) - Ahli Jawatankuasa


                           * Bagi sekolah yang mempunyai kelas prasekolah pendidikan khas


                           Nota:
                           1.  Pihak sekolah/institusi boleh melantik seorang wakil komuniti menjadi ahli jawatankuasa
                               pemilihan murid sekiranya perlu
                           2.  Bagi prasekolah di IPGK, Jawatankuasa Pemilihan Murid tertakluk kepada pentadbiran
                               IPGK.

                        e. Pihak  sekolah/institusi  hendaklah  memastikan  mesyuarat  pemilihan
                           murid dibuat oleh Jawatankuasa Pemilihan Murid Prasekolah sebelum atau
                           pada 15 Julai.
                        f. Pihak sekolah/institusi hendaklah memastikan minit mesyuarat yang disediakan
                           oleh setiausaha disimpan dalam fail yang berkaitan.
                        g. Pihak sekolah/institusi hendaklah menghantar senarai murid yang berjaya dan
                           tidak berjaya ke JPN/PPD untuk pengesahan sebelum atau pada 23 Julai.
                        h. Sesalinan  minit  mesyuarat  pemilihan  juga  perlu  dikemukakan  kepada
                           JPN/PPD.  Bagi  IPGK,  sesalinan  minit  mesyuarat  hendaklah  dikemukakan
                           kepada Pengarah IPGK masing-masing.
                        i. Pihak  sekolah/institusi  juga  hendaklah  memaklumkan  kepada  ibu
                           bapa/penjaga keputusan permohonan.
                        j. Pihak sekolah/institusi berhak menolak permohonan atau memberhentikan
                           murid sekiranya didapati maklumat yang dikemukakan adalah PALSU.

                        Proses kerja kemasukan murid prasekolah KPM adalah seperti Jadual 11 dan
                        carta alir Pelaksanaan Kemasukan ke Kelas Prasekolah KPM.
   39   40   41   42   43   44   45   46   47   48   49