Page 14 - Modul Impresif Pantai Kasih Tingkatan 4 (1SVM)
P. 14

TEKNIK PLOT

               Teknik Plot

               1.  Teknik Pemerian
                  Contoh:
                     •  Pengarang  memerihalkan  keadaan  Doktor  Raiha  yang    terpukul  apabila  cuba  mempertikaikan
                        kewibawaan Doktor Uwang.
                          Buat seketika, Raiha terpukul bisu. Terasa seperti perasaannya membuak-buak ganas. Dadanya
                          sakit membonggol. Dia menegangkan rahangnya. Ditatap wajah tenang Doktor Uwang, merangkap
                          bosnya itu.(hal.3)
                     •  Pengarang menggambarkan suasana ketika Felicia ingin bertemu Doktor Raiha untuk memohon maaf
                        daripada Doktor Raiha.
                          Menjelang dinihari itu, buat kali keduanya pada malam itu, Raiha yang melangkah ke garaj untuk
                          memandu keretanya pulang, terhenti.  Dihentikan oleh suara Felicia Landosi yang amat lemah tetapi
                          kurang dipengaruhi khayalannya.(hal.157)


               2.  Teknik dialog

                     Contoh:

                     •  Dialog antara Doktor Raiha dengan Doktor Sadiz ketika berada di dalam lif dan Doktor Sadiz mendesak
                        Doktor Raiha mengugurkan kandungannya.
                              “Berapa  kali  aku  harus  beritahu  kau,  hah?  Anak  dalam  kandunganmu  itu  hanya  akan
                          menyusahkan  kita  nanti!”  herdik  Doktor  Sadiz  kepada  Raiha,  sambil  menegangkan  tulang
                          rahangnya.
                              “Kenapa?” cabar Raiha.
                              “Kehadiran anak itu kelak tidak akan kurestui.” pintas Doktor Sadiz. (hal.57)

                     •  Dialog  antara  Doktor  Raiha  dengan  Felicia  apabila  Felicia    menceritakan  punca  kematian  Ayu  dan
                        meminta maaf daripada Doktor Raiha.
                              “Doktor Raiha,” ucap Felicia Landosi, dalam nafas yang tersedu-sedu. “Maafkan saya, doktor.
                          Maafkan  saya.  Saya  tidak  pernah  berniat  untuk  mencerakan  anak  perempuan  doktor  itu.  Tidak
                          sengaja.”
                              “Apa maksudmu?” tanya Raiha, tersentak. (hal.157)


               3.  Imbas Muka

                     Contoh:

                     •  Doktor Sadiz membayangkan anak dalam kandungan Doktor Raiha yang tidak sempurna hanya akan
                        menyusahkan mereka nanti. ( hal. 57 )

                     •  Bapa Doktor Raiha membayangkan perkahwinannya dengan Doktor Sadiz tidak akan bahagia kerana
                        Doktor Sadiz terlalu tua untuk Raiha dan akan melayan Raiha sebagai seorang anak. (hal.5)

                     •  Bapa  Doktor  Raiha  membayangkan  kerjaya  sebagai  seorang  pakar  bedah  tidak  akan  memberikan
                        faedah kepada Raiha dalam jangka masa panjang. (hal.7)

                     •  Gadis remaja itu mempunyai masa depan yang cerah, jauh di hadapannya. Gadis yang  baru sahaja
                        meraih  gelaran sarjana  dengan  bantuan  biasiswa kerajaan  daripada  pusat  itu  dijangka  melanjutkan
                        pelajaran ke luar negara... (hal.9 )

                     •  Doktor  Raiha  membayangkan  jika  dia  mempunyai  kuasa,  dia  akan  memecat  pengawal-pengawal
                        keselamatan yang cuai menjalankan tugas sehingga ada yang menceroboh masuk ke PRPK itu.

                     •  Felicia Landosi membayangkan bahaya yang bakal dihadapinya jika dia kerap ke farmasi dan meneguk
                        ubat batuk. Dia bimbang disyaki yang bukan-bukan oleh orang lain jika mereka mengetahuinya. (hal. 17
                        )





               14 | a z a n   G C B M K V W T - P a n t a i   K a s i h   2 0 2 0
   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19